Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Tuesday, December 7, 2010

NIK AZIZ SAKIT TENAT !.

Diberitakan oleh banyak halaman blog Tok Guru Nik Aziz MB Kelantan sakit tenat berpunca sesak nafas. Telah dimasukan kehospital untuk rawatan.

Kita doakan agar Tok Guru itu sihat segera dan boleh menjalankan tugas seperti biasa.

Kepada kaum keluarga kami berharap bersabar dan bertenang, segala-galanya ketentuan Allah swt belaka. Apa yang penting kita berakhtiar dan bertawakal kepada Allah.

Salamu alaikum.

Monday, November 29, 2010

PEMUDA KESAL PENGHINAAN KEPADA ORANG MELAYU





Pemuda kesal kerana ada pihak yang laparkan undi bukan melayu menghina orang melayu melampau. Sikap parti politik yang dianggap oleh TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai kapal yang hendak tenggelam itu melukakan hati orang melayu.

Kerajaan hendak segera mengambil tindakan tegas lapuran polis yang dibuat diPulau Pinang dibawah akta hasutan supaya mereka itu dihadapkan kemahkamah kerana menghasut.

Politik kotor parti pembangkang itu bukan sahaja menghasut rakyat dalam negara malah menghasut penduduk dunia agar memandan rendah kepada kerajaan yang terasnya orang melayu.

Mereka adalah diantara yang mendapat keistimewaan dan pernah menjadi orang penting negara. Semasa mereka menjadi orang penting negara banyak menyeleweng hingga terbukti dipenjarakan kerana rasuah dan salah guna kuasa.

Sipenderhaka itu, mengaut kekayaan negara bersama kroni-krononya telah bayank pendedahan dibuat oleh orang kiri kanannya. Sekarang menuduh orang lain jahat sebagaimana kejahatan yang pernah dilakukannya.

Penderhaka itu akan membuat apa sahaja mengalih pandangan rakyat kerana tidak lama lagi akan dipenjarakan kerana 'miang buluhnya' suka melakukan kerja-kerja keji.

Wednesday, November 24, 2010

PEMUDA DESAK KERAJAAN PEMBANGUNAN MESTI AMBIL KIRA ORANG MELAYU

kalau pelancung minat lihat bandar mereka hanya keKuala Lumpur sahaja


Pemuda mendesak kerajaan supaya mengambil kira penyertaan bumiputera dalam apa-apa rancangan pembangunan. Tidak guna kita bangga pembangunan disana sini dalam bandar tetapi orang melayu hanya jadi pengunjung sahaja. Untuk mengambil kira itu hendaklah dikaji dari segi kemampuan orang melayu itu sendiri untuk membeli bangunan-bangunan yang dijual kepada orang ramai.

Pemuda tidak anti pebangunan, malah menggalakan pembangunan kerana ia boleh memberi peluang ekonomi kepada penduduk. Tetapi pembangunan disektor bandar hendaklah ada penyertaan bumiputera. Bandar adalah pusat perniagaan, jika orang melayu tiada ruang niaga bagaimana mereka hendak mencebur diri dalam perniagaan.

Contohnya dijerantut ini, orang melayu hanya sebilangan besar mampu berniaga dipekan sahari, pasar minggu, gerai-gerai yang disediakan oleh majlis Daerah sahaja. Ada segelintir sahaja mempunyai kedai yang agak baik. Buat apa kita membesarkan bandar tetapi orang melayu semakin tersepit.

Kami sedar Jerantut adalah pintu masuk pelancung ketaman negara. Tetapi pelancung datang dan pergi, jika bandar tidak besar dan cantik pun mereka datang juga. Mereka bukan ingin melihat bandar tapi ingin melihat hutan tropika tertua didunia diTaman negara. Jika mereka ingin melihat bandar mereka hanya pergi keKuala Lumpur, Singapura, dan lain-lain bukan Jerantut. Apa yang penting walau pun bandar ini kecil tetapi bersih dan peniaga-peniaga nya  juga bersikap bersih.

Jika dahulu PKNP giat membangunkan bandar-bandar mengapa sekarang tidak lagi aktif dan mandul?. Jika PKNP tidak lagi berfungsi lebih baik ditutup sahaja.

Sunday, November 14, 2010

PEMBANGUNAN BANDAR BARU JERANTUT WZWH KATA ORANG MELAYU RUGI



WZWH, mengatakan jika pembangunan itu tidak terus orang melayu rugi kerana tidak cantik, pintu masuk taman negara. Itu pandangan peribadinya sentiasa nampak kiri.

WZWH jika tak lihat  fakta jangan cakap. Nanti nampak kurang bijak!!. Orang semua sudah tahu ia telah dipamirkan dalam pelan pembangunan bandar oleh Jabatan perancang di Jerantut.  Tak baca la tu. bahawa dataran Jerantut itu hanya tinggal seluas 40 kaki lebar sahaja. Sama besar dengan kaki lima, luas sikit. Atau lebih kurang jalan raya dengan bahu jalan. Selamat  dan nak cantik dan hias apanya.

Lain kali kena tanya orang tua-tua. Pemuda tanya mereka.Sebelum bandar baru jrantut dibuka tahun 70an,  hanya ada bandar lama. Orang melayu tak dapat berniaga didisitu penuh dengan cina saja. Tan  Sri sharif Ahmad buka bandar baru ajak PKNP buat kedai. Maka ramailah orang melayu berniaga. Mara pun buat juga. Majlis Daerah pun pindah kesitu. Majlis pun buat gerai-gerai dan kedai murah. Ramailah orang melayu berniaga.

Lepas tahun 2000, bila buat kedai-kedai baru, orang melayu mula tenggelam buta ke ? Jika bandar baru ini terus, orang melayu lagi hilang tau ke ?.

Yang pasti pembangunan itu tidak untungkan melayu. MMelayu hanya bangga jerantut cantik. Isi kosong.  Kalau jadi pemimpin mesti ingat majukan bangsa sendiri,  jangan tapau orang melayu.Kita sediakan peluang untu mereka. Betul bukan tidak ada melayu mampu, tetapi kurang mantap. Jika harga rendah mereka mampu. Contohnya, semasa Ikip dan PKNP buat dulu, harganya patut mengapa ramai orang melayu beli.

Pemuda sokong apa yang muarasat bangkit itu supaya dikaji oleh MB dulu. Kami tidak mahu dengar jawapan WZWH. Dia sapa?  bukan MB atau wakil MB.

Kalau orang melayu tak maju berniaga, menang pilihanraya apanya. Bila ramai orang membantah itu tandanya tak sukalah. Ini soal masa depan politik ekonomi malayu. Lainlah WZWH cakap bagi pihak Lo Li. Ingat, PRU 12 BN dapat parlimen 1946 saja lebih.

Thursday, November 4, 2010

GALAS - PAS KALAH KERANA RASUAH



Walaupun wang berguna dan semua orang mencarinya tetapi rakyat sudah mula benci kepada rasuah politik. Pas kalah di Galas kerana rasuah  secara terbuka. Seluruh dunia melihat Nik Ajis menghulurkan wang kepada orang Asli.

Pas cuba membeli undi orang Asli tetapi orang asli pun boleh fikir Pas beri duit kerana mahukan undi mereka. Lepas pilihan raya Pas tidak nampak muka. Tanah adat mereka di gasak oleh Pas dan diberi kepada tokey Singapura. Hutan tempat orang Asli mencari rezki habis jadi padang jarak padang terkukur.

Tiap-tiap kali pilihan raya Pas memberi sijil palsu kononnya akan beri tanah, saham dan lain-lain lagi. Tetapi bertahun tunggu sampai sijil berkarat satu hapah pun tiada. Orang Asli pun sudah masak dengan penipuan serta helah Pas. Kali ini orang Asli dan melayu Galas ajar Pas cukup-cukup. Padan muka Pas.

Monday, November 1, 2010

JKR - KERAJAAN PUSAT KE KERAJAAN PEMBANGKANG ?



Kemana pergi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan Persatuan Kontraktor Malaysia? sedarkah ramai kontraktor bumiputera ditekan oleh pembangkang ?, Apakah peranan kedua Dewan itu terthadap nasib peniaga-peniaga melayu ?.

Jika Dewan itu tidak lagi berperanan lebih baik gulung sahaja. Jika hanya membuat polisi-polisi untuk memenuhkan kantong sendiri tidak perlu lagi Dewan Perniagaan dan Persatuan Kontraktor bumiputera. Kebelakangan ini nampak Dewan Perniagaan Melayu mengalami 'sindrom bisu'.

Kes Pembinaan Hospital Shah Alam contohnya, tidak terdengar suara-suara kedua-dua Dewan itu. Apakah Dewan itu hanya 'main selamat' dalam hal ini. Sekurang-kurang dapat membantu mencari jalan tengah, supaya mana syarikat bumitera tidak lingkup.

JKR pula perlu bertimbang rasa, jika lewat sedikit dari jadual. Kerana membuat hospital bukan seperti bangunan biasa. Ia sangat rumit dan banyak hal-hal yang tidak termasuk dalam spekasi bangunan. Contohnya, pembinaan hospital besar Alor Star, bukan sahaja makan bertahun tambahan masa malah berpuluh juta tambahan kerana perubahan pelan dan sebagainya.

Jangan terlalu tunduk kepada pembangkang kerana mereka apa yang dibuat oleh kerajaan sentiasa tidak kena. Kalau diberi kepada mereka baru kena !.
TERUSKAN BACA SINI
TERUSKAN BACA SINI

Sunday, October 31, 2010

TOK LEBA SAMA JATUH BANGUN DENGAN DAP



Kito ahli PAH, tapi jiwo kito DAP. Ambo  tak percayo ado oghe kato DAP samo Anuwar pakat tingga ke kito. Kito doh janji doh. Samo bangun samo reboh. Kito doh janji doh pada Lim Guang Eng demo kalu tak tingga kito demo tu dapat 'shurgo' weh.. hoo. Sebak itu DAP dengan kito adeh abe.

Friday, October 29, 2010

CALON GEMUK BUKAN ISU BESAR - DR ZUL ?


Dr. Zulkefli calun Galas kata gemuk tidak menjadi isu besar. Dan mencabar untuk bertarik tali jika calon BN kalau handal.

Pada rakyat seorang doktor perubatan yang menasihatkan orang ramai supaya menjaga kesihatan tetapi doktor sendiri tidak nampak sihat adalah satu masalah besar.

Seseorang yang boleh menasihatkan orang lain begini dan begitu tetapi dirinya tidak berdisiplin adalah seorang yang 'cakap tidak serupa bikin'. Seorang doktor juga sentiasa menasihatkan orang ramai sentiasa mengawal berat badan untuk hidup sihat tetapi doktor sendiri tidak tahu berat badannya adalah 'cakap tidak serupa bikin'.

Ini penting sebagai apa yang dikatakan pandang pertama yang cukup berkesan untuk menilai seseorang.  Tidak hairan jika beliau jadi wakil rakyat nanti ' pencapaian diutamakan-wakil rakyat didahulukan'.

Seorang wakil rakyat memerlukan kesihatan yang baik dan pergerakan yang cepat untuk menjalankan tugas. Jika sibuk dengan membawa diri pun sangkut bagaimana untuk memberikan perkhidmatan yang cepat dan berkesan.

Orang boroi juga mengutamakan makan mesti cukup dan tidak boleh berlapar berbanding dengan orang kurus. Dengan itu ia pasti mengutamakan perut sendiri  dahulu dari perut rakyat.

Pemuda memerhatikan perangai orang lebih gemuk selalunya begitu dan percaya jika Dr Zul dipilih akan jadi 'wakil rakyat sendiri didahulukan' . Petunjuk sudah jelas bahawa calon PAS itu pasti cakap tak serupa bikin. Percayalah.

Hoy.. calon boroi kuat makan lah...kah...kah...kah...
Hoy.. calon gemuk utama diri sendirilah  hark...kark..hark
Hoy.. calon boroi kuat tidurlah hah..hah..hah..
Hoy.. jangan kasi undi sigemuklah  kah..kah..kah..

Tuesday, October 26, 2010

CALON PAS PASTI KALAH BADI PADA KU LI DIGALAS


Pemuda percaya calon PAS Dr,Zulkefli Mohamad akan kalah badi dengan Tengku Razaleigh Hamzah dalam pertemuan pusingan kali ketiga ini. Pertama PRU 2004, kedua 2008 sebagai calon Parlimen Gua Musang dan kali ini berjumpa lagi pusingan ketiga diGalas.

Walau pun Ku Li bukan calon tetapi dia adalah Pengarah BN diGalas. Aura Ku Li melindungi calon BN Abdul Aziz Yusuff yang juga mempunyai aura yang kuat. Dr. Zulkefli hanya bergantung kepada aura Tok Lebai Nik Aziz yang sudah kering itu.  Lihatlah nanti. Sebenarnya, PRU ini menentukan sama ada Ku Li atau Nik Aziz yang power.

Berdasarkan rekod, Ku Li lebih power.

Saturday, October 23, 2010

PERTUNJUKAN FESYEN YANG DIFITNAH OLEH BAHALUL PAS = PARTI AHLI SYAITAN

INILAH YANG SEBENARNYA PERTUNJUKAN FESYEN ISLAM YANG DIADAKAN DIKUALA LUMPU BARU-BARU INI YANG DIHADHIRI OLEH PEMBESAR NEGARA. APA MASALAHNYA. APA YANG MENJOLOK MATA PAS. KAN ADA YANG LELAKI PAKAI JUBAH JUGA. APA YANG DIKATAKAN MENUNJUK AURATNYA. JANGAN BUAT FITNAH TAK TENTU HALA. BERDOSA TAU TAK?
LIHAT FITNAH MEREKA POSTING LEPAS.






Friday, October 22, 2010

PAS BUAT FITNAH ISTERI PM ATAS DARAT


pAS  adalah parti politik yang suka buat fitnah. Sebuah parti cakap pejuangkan islam tetapi tindakan lebih dari iblis-syaitan. Patutlah N ajis yang amal wahabi belajar agama dar india itu kata Pas sanggup berkawan dengan iblis /syaitan daripada berkawan dengan UMNO.

Mereka putar belitkan gambar pertunjukan fesyen dunia yang diadakan diluar negara kononnya anjuran  DS Rosmah Mansor Isteri PM. Gambar-gambar ini adalah pertunjukan fesyen yang diadakan di Monaco bukan diMalaysia.



mengapalah PAS  buat kerja Fitnah macam ni cari gambar pada majlah atau potal luar negara kata UMNO buat kerja macam ini. Kalau nak fitnah biarlah bertempat.PAS = Parti Ahli Syaitan
Tunggu lepas ini pemuda akan keluar cerita sebenar pertunjukan fesyen IFF yang dianjurkan diMalaysia.

Monday, October 18, 2010

SELAMAT BERSIDANG DIPERHIMPUNAN AGUNG UMNO - ADZLAND



Saya mengucapkan selamat bersidang diPerhimpunan Agung UMNO 2010 kepada semua perwakilan Pemuda, Wanita, Puteri dan Perwakilan Bahagian-Bahagian diseluruh negara.

Saya juga mengucapkan selamat datang kepada semua pemerhati yang menyokong UMNO kePWTC untuk memeriahkan lagi perhimpunan tersebut. Kepada yang tidak dapat menyertai keperhimpunan tersebut diPWTC diharapkan dapat mengikutinya dimedia.

Semoga wakil-wakil berucap diperhimpunan Agung itu dapat melahirkan idea yang bernas, praktikal dan berguna demi kepentingan parti, bangsa, agama dan negara. Semoga perbincangan itu dapat dilaksanakan apabila pulang dari persidangan tersebut.

Saya juga dengan besar harapan agar perwakilan yang berucap agar memikirkan idea terbaik bagi menjana satu perubahan sebagai input kepada Model Baru Politik yang diutarakan oleh Presiden parti.

SELAMAT BERSIDANG

Friday, October 15, 2010

KETUA KAMPUNG DAN IMAM NAIK ELAUN MELOMPATLAH

                    mesyuarat jkkk

Ketua Kampung ( Tok Empat), Imam, Guru Kafa dan ahli JKKK naik Elaun tidak diduga pada bajet yang dibentang oleh PM petang tadi. Ketua Kampung naik jadi RM800, ahli Jkkk naik RM 50 setiap kali mesyuarat, Imam naik jadi RM 750 sebulan.

Bagi Ketua Kampung kerajaan negeri sumbang elaun sebanyak RM200 jika dicampur elaun mereka sekarang rm1000 sebulan. Pemuda berharap selepas ini bajet kerajaan negeri akan naikan lagi elaun ketua Kampung sekurang-kurangnya rm200. Ini bagi menjana pendapatan tinggi menjelang negara maju 2010.

Pemuda ucap tahniah kepada Ketua-ketua kampung seluruh negara yang dibawah biayaan Kerajaan Persekutuan atau kerajaan BN. Selepas ini ramailah berminat untuk jadi ketua kampung dan jika kena gayanya mereka yang keluar universiti pun berminat menjadi Ketua Kampung.

Dengan kenaikan elaun KK, Imam, dan Guru Kafa serta ahli JKKK itu diharap mereka bersemangat untuk berkerja lebih keras lagi dalam melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar supaya golongan muda tidak berhijrah lagi kebandar-bandar besar.

Wednesday, October 13, 2010

APA NI RAMAI ORANG REPOT ANWAR LIWAT


Apa hal ni ramai sangat orang repot polis Anwar liwat. Sampai bekas banduan pun buat repot juga. Dah jadi macam musim durian gugur pulak dah. Ramai sungguh mangsa liwat Anwar ni. Heran betulah, dalam keadaan turun naik mahkamah bicara kes itu timbul pula kes baru. Tak boleh angkat mukalah PKR.

Kalau dah ramai sangat orang buat repot ni nak nafi macam mana lagi.  Sampai mati pun tak habis !  BACA SINI

Monday, October 11, 2010

PEMUDA DESAK LESEN BAS EXPRES TERBABIT DIBATAL SERTA MERTA


                                        

KEMALANGAN berpunca dari bas expres Delima yang merempuh pembahagi Lebuhraya semalam 10 Oktober 2010 di KM 223 Lebuh Raya Utara-Selatan,melibat 12 nyawa terkorban dan 40 cedera, kerosakan harta awam, sebuah van dan dua kereta persendirian serta menggangu kelancaran lebuhraya wajar diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa tanpa terlalu banyak terikat dengan siasatan demi siasatan.


Rakyat sudah bosan dengan siasatan yang akhirnya tidak ada apa-apa tindakan wajar dan kemalangan bas express terus berlaku seolah-olah tidak ada kesan kuat kuasa dan peraturan yang yang dilaksanakan.


Kemalangan demi kemalangan yang terus berlaku tidak menjadi kesedaran kepada kakitangan syarikat-syarikat pengangkutan bas expres.


Sektor pengangkutan Awam atas nama bas expres telah menghilangkan kepercayaan rakyat bahawa bahawa kenderaan itu menjamin penumpang selamat kemana-mana destinasi dinegara ini.


Syarikat-syarikat pengangkutan harus bertanggung jawab sepenuhnya atas kecuaian mereka melantik para pekerja yang melibatkan keselamatan nyawa penumpang dan pihak lain yang tidak bersalah menanggung beban tidak tentu fasal,


MAKA: PEMUDA UMNO MENDESAK KERAJAAN SUPAYA TANPA PILIH KASIH MEMBATALKAN LESEN PENGANGKUTAN BAS EXPRES DELIMA SERTA MERTA SEBAGAI PENGAJARAN KEPADA SYARIKAT-SYARIKAT BAS LAIN DINEGARA INI SUPAYA BERTANGGUNG JAWAB SEPENUHNYA KEPADA JIWA DAN NYAWA PENUMPANG.


Mereka boleh merayu tetapi pemuda berpendapat tidak perlu dipertimbangkan lagi sebab ini bukan peringatan pertama, kedua atau ketiga, malah ia berulangkali sejak mulanya ada pengangkutan bas expres dan setiap kali berlaku kemalangan ngeri.




Setiap kali ada kemalangan melibatkan bas expres rakyat rasa sejuk tengkuk, terasa-rasa akan ada panggilan memberi tahu ada kaum keluarga atau sanak saudara atau kenalan rapat terlibat sama. Rasa tidak selamat dipengangkutan awam ini mesti dilenyapkan segera. Begitulah hodohnya imej pengangkutan awam diMalaysia.




Rakyat menunggu pengumuman dalam masa terdekat.

Sunday, October 10, 2010

NIK AZIZ MUNAFIK DAN LIDAH BERCABANG


Memang tak salah sebelum ini pemuda sering mengatakan Nik Aziz lidah bercabang. Seorang yang dianggap ulama' sebenarnya bertindak sebaliknya. Masha'Allah begitu rupanya orang tua ni, makin lama makin menjadi pula !

HARAMJADAH ! BACA SINI


SUMBER: http://parpukari.blogspot.com

AHLI PARLIMEN BN BATU SAPI MENINGGAL DUNIA

    sumber: Pejuang Bangsa  http://sejarahmelayu.blogspot.com/




Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Batu Sapi, Datuk Edmund Chong, 54, terbunuh apabila beliau terbabit dalam kemalangan hari ini.Mendiang adalah merupakan bendahari Parti Bersatu Sabah (PBS). Beliau telah meninggalkan seorang balu dan juga 4 orang anak.





Takziah kepada keluarga beliau.

Saturday, October 9, 2010

PEMUDA DAN PUTERI TIDAK BOLEH DITEGUR



8 Oktober 2010 – Utusan Malaysia. Pemuda dan Puteri UMNO kesal dan kecewa dengan tindakan Setiausaha Agung parti itu DS Tengku Adnan Mansor membuat kritikan terbuka terhadap kedua-dua pergerakan itu melalui media.

Tengku Adnan membuat kritikan sehari sebelum itu mengatakan pemuda dan puteri sepeti tidak bermaya dan hanya ghairah merebut jawatan bagi kepentingan peribadi apa yang disifatkannya hanya mengejar jawatan dalam kerajaan.

KOMEN PEMUDA AKAR UMBI:

Betul apa yang Tengku Adnan cakap itu apa?. Saluran parti apa lagi?. Kalau sudah tegur macam-macam cara tak berubah juga balun terbukalah. Bloggers pun dah berbulu menegur sayap-sayap itu tetapi mereka kata bloggers memekak saja. Mereka kata bloggers ni macam beruk dan berbagai lagi.

Memang patut Setiausaha Agung tegur terbuka pun. Dalam keadaan kalang kabut berbagai isu dihadapi UMNO pemuda puteri sepatutnya agresif menangani isu-isu tersebut. Salah taka pa. Biasalah pemuda. Kalau Pemuda diperingkat nasional kuat, seperti dulu-dulu badan NGO seperti Perkasa tidak terbentuk. Kerana ada lompang itu menjadikan Perkasa segar.

Jangan pandai untuk menang bertanding sahaja. Yang penting tugas mencapai hala tuju Pemuda dan Puteri itu sendiri. Soalnya sekarang ada ke hala tuju perjuangan kedua-dua sayap itu. Jika ada kami dibawah tidak dengar dan nampak pun. Nak bawa kapal kena ada arah tuju. Masakan hanya terumbang ambing ditengah lautan !.

Bila tak ada hala tuju, Pemuda dan Puteri merayau ikut sedap saja. Akhirnya tidak tahu kemana hala tersesat. Tenggelam dalam laut isu.

Pemuda dan Puteri UMNO terimalah teguran secara tertutup atau terbuka untuk kebaikan.

Wanita pun jangan anggap tidak ditegur kali ini terlepas.

Friday, October 8, 2010

SOKONG UTUSAN MALAYSIA


Pemuda menyeru kepada siapa yang merasakan diri mereka melayu menyokong Utusan Malaysia. Pemuda menyarakan agar Utusan Malaysia menjadi pilihan utama. 'Buy Utusan first'.

Zalim kita jika membunuh ahkbar yang menegakkan perjuangan menegakan kebenaran dan sekali gus ia dituntut oleh Islam. Orang melayu jangan terperangkap perjuangan pengkhianat bangsa untuk menghapuskan lidah rasmi orang melayu.

DAPig, sentiasa menganjurkan berbagai cara untuk meminggirkan Utusan Malaysia. Apakah kita masih terpengaruh dengan kafir harbi laknat itu?. Jika mereka tidak baca utusan Malaysiapun meraka ada ada surat khabar China. Kita melayu apa?

Melayu harus bangkit . Jadikan Utusan Malaysia sebagai pilihan pertama kita !.


LEKATKAN SEMUA BLOG KITA POSTER INI.  HIDUP UTUSAN !.

Monday, October 4, 2010

RUMAH TITIAN KASIH SERU SOKONGAN KONSISTEN

        SEBARAN DARI http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com


KUALA LUMPUR, 2 Oktober 2010 – Rumah Titian Kasih yang menempatkan anak-anak yatim dan terbiar serta ibu tunggal, menyeru badan-badan korporat serta orang perseorangan untuk memberikan sokongan yang konsisten kepada aktiviti perniagaan yang dijalankannya secara berkala atau bulanan bagi membantu menampung perbelanjaan bulanannya yang mencecah jumlah RM30,000.

Menurut pengasas dan pengetuanya Sharifah binti Adlan, pihak Rumah Titian Kasih amat bersyukur dan berbesar hati atas sumbangan yang melimpah masuk semasa musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, namun hakikatnya rumah tersebut memerlukan sokongan sepanjang tahun tanpa mengira musim.

Ibu-ibu tunggal yang menghuni Rumah Titian Kasih membantu Sharifah menjalankan perniagaan kecil-kecilan bagi membantu mereka berdikari. Antaranya termasuklah penyediaan makanan dan katering, pembuatan kuih tradisional, aksesori wanita, penjualan pakaian terpakai serta perkhidmatan pencucian pakain.

“Selain daripada sumbangan tunai dan barangan, kami ingin menyeru sokongan terhadap aktiviti perniagaan yang kami usahakan bagi memastikan kami mendapat aliran pendapatan yang stabil dan berterusan,” jelas Sharifah kepada wakil kakitangan syarikat-syarikat Tune Group melawat rumah tersebut bersempena Hari Raya baru-baru ini.

Rumah Titian Kasih yang diasaskan oleh Sharifah pada 1998 mempunyai 85 penghuni yang terdiri daripada 20 ibu tunggal, 51 kanak-kanak, 12 orang kurang upaya and 2 warga emas.

Rumah Titian Kasih terletak di 62A-2 Lorong Maran, Jalan Kuantan, Tasik Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur.

Untuk menyampaikan derma dan sumbangan atau menempah barangan atau perkhidmatan dari Rumah Titian Kasih, para dermawan boleh menghubungi Sharifah di talian 019-6455769. Derma tunai boleh dimasukkan secara terus ke akaun Maybank bernombor 564061002172 atas nama Persatuan Pengurusan Pusat Jagaan Titian Kaseh Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut mengenai Rumah Titian Kaseh berserta aktiviti perniagaan dan perkhidmatannya boleh didapati di laman blog rumahtitiankasih KLIK SINI

MUSUH BESAR PKR ADALAH PERKASA







Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (( Perkasa) menjadi musuh banyak pihak termasuk PKR. Kenyataan Azmin Ali calon Timbalan Presiden PKR  meletakan Perkasa sebagai musuh nombor satu.

PKR berikrar dan berazam untuk menyerang habis-habisan. Pemuda mencabar supaya PKR menumpukan sepenuhnya serangan kepada Perkasa kerana Perkasa sangat bahaya kepada PKR dalam PRU 13.

Pemuda tidak menduga bahawa Perkasa sebuah badan NGO yang sangat bisa ditakuti oleh PKR, DAP dan PAS. Sedangkan Perkasa bukan sebuah parti politik pun sangat digeruni apa lagi ianya sebuah parti politik.

Pemuda melihat peranan yang dimainkan oleh Perkasa sangat berkesan dan PKR sangat bimbang dengan kehadhiran mereka. Dengan serangan yang ditujukan oleh pakatan rakyat itu, Perkasa akan lebih mantap  dan keahliannya lebih meningkat  kerana orang ramai akan bangga menjadi keahlian pertubuhan itu yang kuat dan bisa.

Ini bermakna perkasa bukan lagi NGO sembarangan tetapi ia boleh menggugat Pakatan Rakyat PRU13. Dasar UMNO jelas kita tidak mahu berperang dengan mana-mana NGO termasuk Perkasa. Tidak ada gunanya bergaduh dengan mereka kerana mereka tidak bermotifkan politik.

Pemuda menyeru kepada semua rakyat Malaysia melihat dan mengkaji tingkah laku politik PKR yang semakin hilang punca kerana masalah dalaman parti itu jelas terbongkar dan kecamuk sama sekali.

Ini semua adalah termakan SUMPAH MASJID  saiful tempuh hari dan laknatnya mula datang dan ia semakin parah dan parah.

Sunday, October 3, 2010

PEMUDA DEMO DI AIRPORT PENANG WIRA BANGSA




Pemuda UMNO respect habis pemuda Penang buat demonstrasi diLapangan Terbang Bayan Lepas semalam 3/10/10. Lim Guan Eng pasti pening dengan berbagai tentangan yang dihadapi kebelakangan ini oleh rakyat Pulau Pinang. Tentangan sebegitu walaupun kecil-kecilan membawa impak yang besar kepada jiwa orang melayu diseluruh negara. Ia jelas menunjukan DAP tidak mampu memerintah.

Sikap kurang ajar DAP mesti ditentang cara begitu. Lidah bercabang, menipu, pembohong tidak perlu dihormati sama sekali. Peduli apa pada jawatan ketua menteri jika melampau. Sudah tahu orang Islam dilarang memakan hasil judi kenapa dikhianati?. Jangan hina umat islam begitu rupa. Jangan ingat umat islam tidak ada harga diri walau pun hidup miskin. Umat Islam ada tanggung jawab akhirat.

Syabas pemuda Demo !!!

Saturday, October 2, 2010

PEGUAM UMNO HARUS BANTU PUTERI


Peguam Ibu pejabat UMNO harus memberi nasihat perundangan kepada puteri UMNO apakah tindakan selanjutnya setelah puteri membuat lapuran polis mengenai pencerobohan dan kacau ganggu serta lapuran menghasut seorang wartawan MI. Peguam UMNO harus bangkit membantu dan jangan lepas tangan dalam hal ini.

Puteri juga harus mendapatkan syarikat guaman lain sekiranya peguam UMNO buat lembu kenyang tidak mahu membantu. Pengkhianat seumpama ini mesti diajar kerana jika tidak ia akan berlarut lain kali apabila ada persidangan tertutup UMNO mereka mengulanginya lagi. Kes ini nampak kecil, tetapi jika sudah sampai masuk kedalam kelambu masakan UMNO mahu mendiam diri.

UMNO tidak boleh bergantung kepada apa tindakan polis semata-mata kerana banyak jalan untuk diselesaikan. Salah satu darinya adalah tindakan menyaman penceroboh yang kerana berlaku kerosakan imej kepada UMNO serta boleh jadi membaranya perasaan perkauman dengan lapuran pencerobohan tersebut. Masalah ini bukan masalah puteri UMNO semata-mata tetapi pencerobohan terhadap kebebasan dan hak ekslusif UMNO itu sendiri. Biarlah ianya ditentukan oleh undang-undang. Pemuda yakin Puteri UMNO Malaysia bijak, berani dan agresif dalam menangani musuh-musuh negara seperti ini dan tidak hanya bercakap semata-mata. Buktikan !.

MENYAMAR, MENCEROBOH DAN ADU DOMBA PERLU SIASATAN SEGERA


Boo Su Lyn yang menyamar, menceroboh dan membuat lapuran adu domba perkauman dalam Malaysian Insider pemuda UMNO berharap polis tiada halangan untuk siasatan segera terhadap wartawan berkenaan. Ini memandangkan bahawa puteri UMNO telah membuat lapuran hari ini ( 2/10/2010).

Pemuda UMNO mahu supaya pihak terlibat bertanggung jawab atas perbuatan mereka yang cuba memecah belahkan kaum dengan membuat lapuran dimedia berita yang ditokok tambah hingga menimbulkan sentimen antara kaum dinegara ini. dalam keadaan sekarang emosi cepat terbakar jika ada pihak mencurah minyak dan mencucuh api.

Wartawan dan portal yang berniat jahat itu wajar diambil tindakan sekiranya mereka tidak dapat membuktikan apa yang dilapur itu benar. Desakan ini dibuat kerana supaya pihak yang melatah dalam isu ini dapat maklumat yang tepat dan tidak terburu-buru menerma bulat-bulat apa yang dilapurkan.  Sekiranya perlu BSL itu dan penerbit akhbar berkenaan ditahan dibawah ISA.

KU LI CALON PERPADUAN PAS-UMNO


Jika beberapa hari yang lepas PAS mencadangkan supaya UMNO tidak meletakan calon diGalas untuk permulaan kepada perpaduan PAS-UMNO. Pemuda pula mencadangkan PAS pula supaya tidak meletakan calon jika Tengku Razaleigh Hamzah bertanding dikerusi DUN Galas.

Pemuda berpendapat cadangan itu sangat tepat kerana Ku Li diterima oleh semua pihak. Tidak ada sebab PAS menolak kerana Ku Li sering membantu kerajaan Kelantan dalam menuntut royalti minyak diperairan laut disekitar negeri itu.

Ku Li adalah calon yang tepat. UMNO dan PAS tidak perlu berbalah dan membuang masa dari sekarang hingga tarikh pilihan raya diadakan. Dengan hari penamaan calon Ku Li menang tidak bertanding, selepas itu masing-masing boleh kerja lain.

Jika ada pertandingan berbagai hal boleh berlaku dan moral masing-masing dapat diukur pada menang atau kalah. Jika PAS kalah, sudah tentu berbagai pihak akan membuat lapuran, andaian, rekaan, spekulasi dan berbagai lagi.

Dalam ceramah-caramah sudah tentu tibai-menibai akan berlaku. Pada ketika itu sudah tentu bahu Nik Aziz lah yang terpikul semua tuduhan sejak PAS bergargabung dengan DAPig yang anti Islam. Akaun DAP juga masuk dalam Akaun Nik Aziz.

Thursday, September 30, 2010

PUTERI UMNO PATUT REPOT POLIS WARTAWAN MENYAMAR

               Boo Su Lyn wartawan Malaysian Insider menyamar puteri UMNO

DAPATKAN BERITA PENUH DARI House PK  klik  http://parpukari.blogspot.com

Puteri UMNO patut repot polis wartawan menyamar mencuri masuk kemajlis tertutup puteri UMNO. Menyamar masuk adalah satu pencerobohan  samada majlis tertutup atau apa-apa yang melibatkan privacy. Ia adalah satu kacau ganggu hak orang lain yang mahukan hak kebebasan tanpa diganggu oleh pihak lain.

Apa lagi setelah menceroboh masuk kemudian melapurkan adu domba yang panas berapi tentang perkauman dan menuduh seseorang rasis. Ia boleh menjejaskan perpaduan kaum dengan berita mengadu domba sedemikian.

Boo Su Lyn wartawan Malaysian Isnsider telah menceroboh masuk kedalam majlis tertutup puteri UMNO dengan menyamar sebagai puteri memakai kain tudung bagi mendapatkan maklumat apakah yang terkandung dalam majlis tertutup itu.

Setelah itu ia melapurkan dalam porter berkenaan bahawa Timbalan Pengarah BTN  Hamim Husin telah menasihatkan puteri UMNO supaya bersatu mempertahankan hak orang melayu memerintah negara ini sebagai rasis. Lanjutan dari itu, panas berapi presiden MCA, Setiausaha Agung dan Ketua Pemuda Gerakan mendesak kerajaan supaya pegawai itu diambil tindakan.

Awas pemuda UMNO, wanita puteri dan wanita jika berucap tentang orang melayu harus pandang kiri kanan anda boleh dilapurkan sebagai rasis silap-silap kedalam sel. Sekarang ramai hantu menyamar dan pengadu domba.

Wednesday, September 29, 2010

PENGURUSAN PARTI - PKR PARTI KEDAI KOPI


Pemuda geli hati melihat bagaimana PKR menguruskan mensyuarat agung cabang pada kali ini (2010). Rupanyanya PKR hanyalah sebuah pari kedai kopi yang hanya banyak borak tetapi buat kerja secara tidak 'smart' langsung.

Setiausaha Agung PKR Saifudin Nastution menyalahkan pihak luar punya angkara PKR jadi hancur begitu. Siapa tak kenal Saifudin Nasution yang banyak cakap itu. Kalau tak pandai buat kerja janganlah salahkan orang lain. Salahkan orang lain itu kerja yang paling murah dan tak bertamadun.

TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin minta Saifuddin dedahkan siapa orang luar yang didakwa itu?. Saifuddin kura-kura itu terus sorok kepala dalam badan, tak berani bersuara lagi. Kalau betul dedahlah !. Makhlok asing ke, Pendatang asing ke? cakaplah ! pemuda cabar !. Buktikan !.

Saifudin...saifudin... ludah kelangit akhirnya timpa muka sendiri kah..kah...kah... kan hangit air liur hang tu ...

Tuesday, September 28, 2010

PKR PARTI SAMPAH SARAP


Parti Keadilan Rakyat Malaysia adalah sebuah parti sampah sarap. Dari mula sampai akhir persidangan cabang dan ranting ahli-ahli sampah yang bersepah kecuh, bergaduh, samsing, pukul memukul hingga jadi kes polis disana sini.




PKR tidak menggambarkan pada rakyat bahawa mereka boleh memerintah secara teratur. Jika rakyat memilih untuk mereka memerintah alamatlah satu negara rakyat juga bersepah larah. Pengurusan parti yang bersepah itu juga sudah memberi signal kepada rakyat itulah akan terjadi dibawah pemerintahan mereka nanti.


PKR parti sampah kerana pemimpin dikutip dari sampah yang bersepah. Ahli-ahli juga dari sampah sebab itu mereka buat sampah. PKR tidak panjang umur kerana tempat mereka adalah dalam masa terdekat akan dibakul sampah. 

Gambar dari sumber blog Panglima Perang Siber. Lapuran penuh kelaman tersebut. http://penembak-tepat.blogspot.com/

Sunday, September 26, 2010

PEMUDA MESTI BIJAK DAN BERANI- ADZLAND.

Salam untuk rakan-rakan pemuda,

Konsep pemuda benteng negara dan harapan bangsa mesti kita teruskan terutama dalam keadaan orang melayu tercabar sekarang. Kita mesti bijak dan berani berdepan dengan cabaran. Kita wajar mewarisi  kepimpinan pemuda terdahulu dari kita. Jika lemah dan penakut musuh-musuh akan naik kekepala.

Kebijaksanaan mengawal kita dari emosi hingga masyarakat jadi kalut kerana ke emosian kita. Tetapi jika hak kita dirabus, apa terjadi kita wajib bangkit serata-rata dan bertaut. Jangan diubah gaya pemuda jika tidak tahu kemana arah untuk digubah.

Ketika parti dalam keadaan serabut kita jangan menambah kusut. Apa lagi menjadi tukang karut.

Ayuhlah rakan-rakan, kita kembali kita kembali kepangkal jalan. Jalan yang lurus dirintih oleh pejuang terdahlu dari kita.

Selamat berjuang. Salam.

SIAPA DULU ??

                                   APA KATA MEREKA

DATUK NAZRI AZIZ -    Rakyat Malaysia dulu baru melayu !

TENGKU ADNAN -        Melayu untuk semua kaum !

LIM KIT SIANG -            China dulu !

CHUA SOI LEK -            China dulu !

SAMY VELLU   -            India dulu !

KARPAL SINGH -          Benggali dulu !

TAN SRI MUHYIDDIN YASIN -   Melayu dulu !

LIM GUAN ENG -          China dulu !

IBRAHIM ALI -               Melayu dulu !

NALA KARUPAN -       India dulu !

ANWAR IBRAHIM -    Yahudi dulu  baru China dan India dulu.

NIK AZIZ -                    Jadi melayu malu !

                 v

                 v

                 v
                       BAWAH
                 v


                 v

                 V

                            
                             LAGI


                            V









  HAPA ?    KAMI DULU.!!!  LEPAS ITU MELAYU  TAHU ?...    BINGUNG...

Saturday, September 25, 2010

AMBO BERASO SELERO WEH

                                                             LIBRARY http://taipingmali.blopspot.com/


AMBO BERASO SUNGGUH WEH NAK RASO KIJANG SEKO NIH..

LAMO DOH AMBO NGALIR AIR LIYO

KOHO... KOHO DEH... BISING TAU DI ORHENG UMNO MAPUS AMBO !

AMBOI GEBUU...NYO..  EMM ... EMM... NIK MAT NYO.... EMM..EMM...

Thursday, September 23, 2010

TUN DR.MAHATHIR TIDAK RASIS

                                                MPAJA 1948

Pahang Daily Online tersilap besar mengatakan bahawa Tun Dr.Mahathir rasis dan perlu diambil tindakan dibawah Akta Hasutan tahun 1948 atas keyataannya hari ini 24/9/10.

TDM hanya memberi peringatan kepada sesiapa yang masih merasakan dirinya melayu akan hilang kuasa jika pembangkang memerintah melalui pengalaman diPerak selepas PRU 12. Nizar MB Perak pada waktu itu menjadi boneka DAP dan telurnya sentiasa diramas oleh DAP. Apa sahaja kemahunan DAP terpaksa diluluskan jika tidak telurnya akan berlanar pecah.

Kenyataan TDM hanyalah sebagai peringatan kepada golongan baru tentang sejarah melayu hilang kuasa walau pun ia baru berlaku tetapi sama dengan orang tua-tua mengingatkan kita tentang bagaimana azab dan pedihnya orang melayu dizaman peralihan apa yang dikatakan pemerintahan bintang tiga selama 14 hari.

Ingatan juga seperti zaman penjajahan berbagai kuasa diTanah Melayu. Golongan yang buta sejarah seperti melayu  yang jadi tali barut DAP tidak gemar mendengar nasihat itu sebab melayu jadi begini rupa. Golongan yang gila kuasa kian bertahta dihati tanpa menoleh kesannya kepada orang melayu.



Pemuda mahu supaya TDM supaya selalu mengingatkan orang melayu berulang kali tentang pentingnya bersatu dan mempertahankan kuasa kerana golongan buta sejarah sangat besar jumlahnya dikalangan orang melayu.

Biarlah peringatan berulang kali itu tercatat dalam sejarah bangsa melayu yang melarat suatu hari nanti kerana menerima hukuman kebebalan dan kobodohan nenek moyang mereka. Catatan ini akan dikaji oleh mereka terkemudian. Itu pun jika tidak dimusnahkan oleh pihak yang berkuasa pada ketika itu.

Mereka yang lupa diri ini, bukan sahaja ingin menjahanamkan dan belot pada bangsa malah sudah sampai malu mengaku melayu.

Tuesday, September 21, 2010

PADAN MUKA KHALID GAGAP TERIMA SURAT MURKA

Blog HPK telah mendedahkan Khalid Gagap MB Selangor menerima surat murka daripada Istana Selangor Darul Ehsan sebagai perutusan penting kemurkaan baginda Kebawah Duli Sultan Sharafudin Idris Shah Al Haj seminggu sebelum aidilfitri.

Padan muka Khalid terpaksa bawa surat itu bincang dalam exco selangor. Antara kemurkaan Baginda Sultan adalah Khalid Gagap tidak dapat menghalang puak hadas besar 24 jam, kafir harbi masuk kesurau dan masjid hingga bertazkirah tempat Imam memimpin solat.

Pemuda berpendapat memang layak Khalid gagap wal bebal itu menerima surat itu kerana tidak reti kebasa, poyo, bebal malah dungu. Khalid Gagap MB selangor itu lebih mencintai undi dari memelihara kesucian tempat ibadat.

Kalau zaman Melaka dulu Khalid bebal ini telah disula dikhalayak ramai kerana mengizinkan orang kafir menghina Islam dan bekerjasama dengan mereka sehingga Islam punah ranah.


SIASAT ISU SABOTAJ PROGRAM RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SELANGOR


Pemuda mahu diadakan satu siasatan terhadap isu yang ditimbulkan oleh beberapa laman blog mengatakan ada usaha sabotaj dari beberapa orang pemegang jawatan penting Pemuda UMNO Selangor terhadap kelancaran rumah terbuka Aidilfitri UMNO Selangor 20/9/2010.

Laman-laman blog berkenaan melapurkan KP negeri, NKP negeri, Bendahari dan ketua pemuda Pucung terlibat dalam sabotaj tersebut dengan hujah mereka sendiri tidak hadir kemajlis yang dihadiri 20,000 orang diUMNO Selangor Shah Alam.

Isu ini dikaitkan dengan Khairy Jamaludin Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Jika benar, ada bukti-bukti nyata ia sangat bahaya dan tidak pernah berlaku dalam UMNO selama ini.

Pemuda juga mahu pihak pemuda UMNO Malaysia membuat satu kenyataan terbuka bagi menjawab isu yang merebak ini. Jika Pemuda UMNO Malaysia tidak berbuat demikian bermakna perkara ini dipercayai benar.

Pemuda Juga mahu mendengar penjelasan Pemuda UMNO Selangor secara terbuka bagi membersihan diri mereka. Jika tidak pemuda dinegeri lain percaya kebenaran lapuran tersebut.

Monday, September 20, 2010

SURAT TERBUKA NAZRI KEPADA UTUSAN / AWANG SELAMAT

Monday, September 20, 2010

Nazri's Open Letter To Awang/Utusan

Nazri’s open letter to Awang Selamat



                                           By Mohamed Nazri Abdul Aziz


Nazri has issued a put-up-or-shut-up challenge to Utusan Malaysia’s “Awang Selamat”. — file piC.


BUCHAREST, Sept 20 — I have read the comments by Awang Selamat on me in his column. I want to make some clarifications lest readers be misled into thinking what he wrote is correct.

Firstly, I am never afraid to be criticised by the opposition. I would like Awang to come to Parliament and see and hear for himself the vitriol and attacks I received whilst defending the Government on issues related to the Prime Minister’s Office.

In my 33 years in politics, I was never spared by anybody who makes criticisms against me — including the recent comments by Awang. I don’t know about Awang himself, because I don’t even know who he is. I hope he can be a man like me and prove that he is not scared of criticism by coming out in the open and not hiding behind the pseudonym that he uses.

I am also not anti-Dr Mahathir (Mohamad). To me, so far he is the best prime minister I have served. However, as an ex-premier, there is so much left to be desired.

Awang should get out of his time warp and face the fact that I am now in the government as a minister in the Prime Minister’s Department and not vice versa. So it is Tun Mahathir who is criticising the Government and not the other way round.

Of course anybody, regardless of who criticises the government, will receive relentless attack in defence of the Government by me just as I had done in the past when Tun Mahathir and Tun Abdullah (Ahmad Badawi) were the prime ministers.

Having said that, I want Awang to know that I am always sure who my boss is. It’s not (Lim) Kit Siang nor (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) because they are not prime minister of Malaysia, the chairman of BN or president of Umno.

And yes I am a Malaysian first and Malay next. Does any bigot have a problem with that?"

I am not too sure Awang knows who his boss is because he undermines the 1 Malaysia policy of the prime minister and promotes the narrow racism of (Datuk) Ibrahim Ali who is not even an Umno member. Awang should be asking himself the question he posed to me,

Being civil to the opposition is the right thing to do in a democracy, because just like me, they are also elected by the people. Of course, Awang is caught in the time warp of those days where government MPs do not only not engage them but hate and dislike them in all circumstances.

Awang will never understand this because he is not an elected MP, put in the House by the voice of the people. Anyway did Awang ever think of how five PKR MPs could cross and be independents, if not for the civility shown by me to them as parliamentary affairs minister?.

The number of crossovers to the independent caucus has exceeded the single MP from Pasir Mas, this so-called Malay Hero worshipped by Awang.

Incidentally, Umno has never asked or needed for Ibrahim to help us but the association with him will only cause us to lose votes.

Tun Mahathir himself told us about his loss in Kota Setar Selatan seat — a 90 per cent Malay majority parliamentary constituency — in 1969 to Yusof Rawa, where it was reported that Tun said he didn’t need Chinese votes. There is a lesson to be learned from this.

Of course, Awang will never understand because not only has he never offered himself as a candidate for the General Elections but readers don’t even know who he is.

Politicians like me who has stood for four general elections and won clearly have to be very careful in what we say and not be reckless like Awang. We need to muster all the votes regardless of race and we do not stay in the comfort zone as Awang does.

He can write and say anything irresponsibly and recklessly, knowing that he will never be punished by the voters.

That is why, Awang, if you asked what my agenda is, I think even school children will know that it’s to win the next general election and that Datuk Seri Najib (Razak) remains as prime minister of Malaysia.

I do hope that Awang also has the same agenda, unless of course his boss is somebody else. Finally I would advise Awang to stick to what he does and knows best and not try to meddle in national politics, of which he has shallow knowledge and zero experience.

He should concentrate in increasing his paper’s dwindling readership. It speaks volumes of their poor standards and performance when Utusan has to refer to the news report of the new electronic alternative media when it should be the reverse.

That will be his KPI and the measurement of his success in the field that he claims he represent well.

Mine is, of course, to win the Padang Rengas seat for Barisan Nasional in the next General Election regardless whether I am a candidate or not. Until then we shall see.

And yes I am a Malaysian first and Malay next. Does any bigot have a problem with that?.

* This letter by Datuk Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz is in response to a Mingguan Malaysia editorial “Alahai Nazri ...” by Awang Selamat. The Minister in the Prime Minister’s Department and MP for Padang Rengas emailed it from Bucharest, Romania, where he is attending the Malaysian-Romanian Inter-parliamentarian Friendship Group” meet from September 19 to 23, 2010