Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Friday, April 30, 2010

SAMMY VALLU PRESIDEN MIC TERJUN LUBANG DALAM

Perlantikan G. Palanivel Timbalan Presiden MIC sebagai Ahli Dewan Negara yang mana selepas ini dipanggil YB Senator, adalah satu langkah bijak bagi kerana berkerjasama kuat memenangkan calon BN dalam PRK Hulu Selangor Ahad 25 April Lalu. Kerjasama ini diberikan atas keinsafan bahawa beliau sukar untuk menang semula dikerusi yang sama berdasarkan pengalaman PRU 2008.


Dengan tidak mengikut rentak Sammy Vallu, belaiu berkerja keras membantu calon BN Kamalanathan terutama bagi mendapat sokongan kaum India di Hulu Selangor. Dengan kemenangan Kamalanathan dari BN dan perlantikan G Palanivel itu telah meningkatkan moral masyarakat India bukan sahaja di Hulu Selangor sebaliknya diseluruh Negara. Ini menambah keyakinan bahawa BN adalah rakan kongsi yang boleh di percayai walau pun peluang itu sepatutnya UMNO boleh mengambil kesempatan meletakkan calonnya tetapi UMNO bersedia menerima calon MIC.


Para pemerhati berkata bahawa Sammy Vallu dalam keadaan seperti terjun kelubang dalam kerana hampa jawatan senator yang ditunggu - tunggunya selama ini telah beralih arah kepada Timbalannya. Bagaimanapun, rata- rata masyarakat India yang ditinjau memberikan pandangan bahawa Samy Vallu sudah ketinggalan zaman. Masa untuk Samy Vellu sudah berlalu.


Dengan Perlantikan G Palanivel itu memberi isyarat bahawa Samy Vallu tidak perlu menunggu lebih lama lagi untuk berundur sebagai Presiden MIC dan memberi laluan kepada G Palanivel untuk menerajui MIC. MIC akan mendapat sokongan dan meriah semula jika Samy Vallu mengambil keputusan meletakkan jawatan.


Bagaimana pun ada dikalangan ahli MIC memberi tahu bahawa Samy Vallu tidak akan berundur kerana dia sudah merasakan MIC seperti itu milik peribadinya . Adalah sukar bagi mereka untuk menolak Samy Vallu sebagai Presiden MIC kerana Samy Vallu menggunakan apa cara sekali pun untuk mempertahankan kerusi Presiden MIC itu. Dalam pada itu kata mereka kita tunggu dan lihatlah nanti.














Monday, April 26, 2010

SAMY VELLU TIDAK LAKU DIHULU SELANGOR

Samy Vellu tidak nampak muka waktu keputusan pilihanraya kecil Hulu Selangor diumumkan BN menang. Comform dia kena letak jawatan sebab dia janji jika calon BN menang dia akan bersara. Calon BN Kamalanathan hanya dijulang oleh PM, TPM, Sharizat Jalil, Koh Su Koon, Hafie Afdal dan lain-lain. Chua Soi Lek nampak janggal malu kerana pengundi cina tak mengundi BN.

Samy Vellu berdoa di Kuil agar calon MIC bukan yang ditunjukannya itu kalah supaya PM dan seluruh negara tahu lain kali letak calon kena ikut cakap presiden MIC. Jika Kamalanathan kalah lain baru orang tahu samy vellu itu keramat. Pengerusi BN jangan memandai-mandai buat keputusan pilih calon MIC.

Tapi keputusan BN menang memberi tamparan hebat kepada presiden MIC bahawa bisanya sudah betul-betul hilang dan kaum India sudah tidak mendengar lagi arahan samy vellu. Bagi orang India diperingkat grassroot Samy Vellu sudah tidak wujud lagi. Kemunculan Samy Vellu di Hulu Selangor dianggap menyemak dan merosakkan undi sahaja.

Seluruh rakyat Malaysia melihat samy Vellu 'kena rogol' dalam menetapkan calon MIC pada PRK kali ini. Sudahlah berdarah dirogol calon itu menang besar pula. Ini membuktikan bahawa selama ini calon dalam mana-mana pilihan raya yang dikemukakan oleh Samy Vellu ramai yang kalah adalah disebabkan calon yang ditonjolkan tidak ada kualiti. Calon-calon itu tidak lain hanyalah pengampu, penyapu bontot Samy Vellu sahaja. Samy Vellu memilih calon dungu untuk bertanding kerusi BN.

Pada sebenar-benarnya ramai tokoh-tokoh dari kalangan orang India yang menjadi ahli MIC berpotensi dan bijak. Tetapi dia cukup takut pada orang India yang bijak pandai kerana dia takut lobangnya dalam MIC pecah. Orang cerdik tidak boleh ditutup mulut. Jadi Samy Vellu suka orang bodoh disekelilingnya, orang yang tak sekolah. Kalau sekolah pun sangkat tingkatan tiga jer. Ahli-ahli MIC yang cerdik menjauhkan diri, jika dekat dicantasnya.

PM dan TPM sangat pintar memintas akal Samy Vellu itu. Mereka ikut tuntutan MIC untuk mengekalkan kerusi di Hulu Selangor. Tapi calon tidak ditentukan oleh Samy Vellu. Jadi apa gunanya Samy Vellu sebagai presiden kalau haknya sebagai Presiden ditepis begitu sahaja. Semua orang berpendapat bahawa Samy Vellu adalah beban kepada BN dan MIC tetapi Samy Vellu pekak telinga saja.

Dengan pengalaman Hulu Selangor itu menjadi panduan PRU 13 nanti bahawa jika kerusi BN untuk calon MIC tidak perlu lagi dirujuk kepada Samy Vellu. PM, TPM, MB dan KM dari sekarang kena kenal pasti orang India yang ada potensi untuk dijadikan calon. Jangan peduli pada Samy Vellu menjerit sekali pun kerana presiden MIC gila kuasa itu tetap nak cadang barisan calon datang darinya sendiri.

Dengan cara pucuk pimpinan BN buat macam itu Samy Vellu masih degil juga?. Sampailah masa Samy Vellu meletakkan jawatan. Kalau dia sudah tidak lagi presiden, MIC akan kuat semula. Samy Vellu tak malu ke?

Dikesempatan ini, Pemuda mohon maaf kepada jentera BN kerana tidak berkempen di Hulu Selangor. Penulis dan boss mudik ke Hulu Tembeling, ada program 1Penduduk. Boss saya lebih utamakan penduduk ADUNnya walau dia EXCO Pemuda Malaysia. Rakyat diutamakan.

Saturday, April 24, 2010

Nik Aziz Makin Mengarut

Pemuda buka-buka blog politik ni, dan rodong Pemuda di Hulu Selangor ada cakap, Nik Aziz ni dah makin nyanyuk. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah bertitah jangan gunakan masjid dan surau di Selangor sebagai pentas politik.

Kata orang masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang rimau mengaum. Ulama PAS dari Kelantan sorang ni tak reti bahasa. Masuk kandang orang pun nak tunjuk gedebe. Hais, tak retilah aku macam mana orang PAS.

Dahlah pegi negeri orang, berceramah hal politik, lepas tu kutuk pula sultan negeri orang. Macam ni ke ulama? Tak ada hikmah.

Insaflah orang Ulu Selangor, inilah Pakatan Kencing Rakyat. Dok nak menipu jer. Jgn terpengaruh dengan ula-dalam-semak ni.

Friday, April 23, 2010

Setuju dengan Puteri

Berita Pemuda membuka-buka blog Jerantut. Maklumlah Berita Pemuda masih baru, masih muda dalam dunia blog ni. Berita Pemuda terbuka blog Puteri, Suara Puteri UMNO Jerantut. erm, Pemuda tak tahu ni lidah rasmi puteri ke tidak, tapi kritikan puteri ni boleh tahan tajamnya. Ngeri juga membacanya.

Tapi Pemuda setuju satu benda. Pasal undang-undang kawin yang ketat ni. Memang menyusahkan sebenarnya. Budak-budak muda kena kursus, kena interview, kena tanya macam-macam. Mana hak rasa cemuh bahan jer tak yah kawin-kawin, kan senang. Dosa kemudian.

Dah jadi isu buang bayi merata-rata. Orang jantan apa susah, lepas nafsu lepas tu hilang lah. Hak menanggungnya perempuan juga usung perut ke sana ke sini. Pastu malu, emak bapa nak letak mana muka. Ni masalah gejala buang bayi makin banyak ni.

Lepas tu, hak poligami ni, nyusah juga. Kalau nak nikah dua, kena minta izin isteri pertama. Mampus isteri pertama tak bagi. Malaikat mana nak bagi. Ramai jer pemuda hak dah kawin nak ikut jejak Ketua Pemuda Bahagian juga, bernikah dua. Penulis ni pun nak juga merasa nikah dua.

Jadi dipendek ke cerita, wanita UMNO jadi-jadilah mendesak hak bukan-bukan. Kalau dok halang orang jantan ni lagi menjadi, yang yer palau jer ke deme tu. Tak sedang mana juga hebatnya kalau dok palau.

Iyer, kalau tak caya ckp keh ni cuba la.

Okla, Pemuda nak tido dulu, mereluh kata orang Jerantut.

Tuesday, April 20, 2010

Program Juara Rakyat


Ustaz Ahmad Shah Jamlus memberikan pidato yang berapi-api. Tokoh muda yang berpotensi!


Sapa kata Pemuda lembek? Sapa kata Pemuda tidak buat kerja? Kami Pemuda UMNO Bahagian Jerantut tak sama dengan pemuda-pemuda lain. Kami gagah berani. Kami aktif. Kami sentiasa menjuarai rakyat!


Dato' KP dan Timbalan Pengarah BTN. Pengganti beliau?


Pada 17April 2010, kami mengadakan Program Penggerak Juara Rakyat Dun Pulau Tawar di Sungai Tekam Resort. Program dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Bahagian Jerantut. YB Dato' Wan Amizan Wan Razak, Ketua Pemuda dan juga ADUN Tahan turut hadir. Beliau pemimpin yang kami kagumi. Beliau pemimpin yang kami geruni. Hidup Dato' KP!



Penulis bersama peserta-peserta kursus.

Turut menyemarakkan suasana adalah dengan adanya kehadiran Ustaz Ahmad Shah Jamlus, Timbalan Pengarah Biro Tata Negara. Beliau seorang yang berpendidikan agama, bijak berpidato dan sangat merendah diri. Kita berharap beliau akan menjadi pemimpin Jerantut masa depan.

Sunday, April 18, 2010

Kami Telah Tiba

Sekarang kami sudah menyertai media baru. Siapa kata Pemuda Jerantut buta IT? Siapa kata Pemuda Jerantut hanya tahu berarak, buat bising dan menampal poster sahaja? Di bawah ketua yang dinamik seperti Dato' Wan Amizan, kami mampu menjadi apa saja. Beliau tokoh tersohor, bukan hanya di Jerantut malah diperingkat nasional.

Blog ini akan 'menelanjang'kan sesiapa yang tidak mengikut agenda Melayu. Siapa yang hanya mengaut keuntungan berpolitik, tidak turun ke bawah akan kami hentam. Pembangkang seperti Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Nicky Ajis dan Haji Hadi akan kami lenyek. Kami tak kira kerana kami Pemuda gagah berani.

AWAS SEMUA! Mulai sekarang, tindak tanduk tuan-tuan dan puan-puan akan diperhatikan.