Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Sunday, October 31, 2010

TOK LEBA SAMA JATUH BANGUN DENGAN DAP



Kito ahli PAH, tapi jiwo kito DAP. Ambo  tak percayo ado oghe kato DAP samo Anuwar pakat tingga ke kito. Kito doh janji doh. Samo bangun samo reboh. Kito doh janji doh pada Lim Guang Eng demo kalu tak tingga kito demo tu dapat 'shurgo' weh.. hoo. Sebak itu DAP dengan kito adeh abe.

Friday, October 29, 2010

CALON GEMUK BUKAN ISU BESAR - DR ZUL ?


Dr. Zulkefli calun Galas kata gemuk tidak menjadi isu besar. Dan mencabar untuk bertarik tali jika calon BN kalau handal.

Pada rakyat seorang doktor perubatan yang menasihatkan orang ramai supaya menjaga kesihatan tetapi doktor sendiri tidak nampak sihat adalah satu masalah besar.

Seseorang yang boleh menasihatkan orang lain begini dan begitu tetapi dirinya tidak berdisiplin adalah seorang yang 'cakap tidak serupa bikin'. Seorang doktor juga sentiasa menasihatkan orang ramai sentiasa mengawal berat badan untuk hidup sihat tetapi doktor sendiri tidak tahu berat badannya adalah 'cakap tidak serupa bikin'.

Ini penting sebagai apa yang dikatakan pandang pertama yang cukup berkesan untuk menilai seseorang.  Tidak hairan jika beliau jadi wakil rakyat nanti ' pencapaian diutamakan-wakil rakyat didahulukan'.

Seorang wakil rakyat memerlukan kesihatan yang baik dan pergerakan yang cepat untuk menjalankan tugas. Jika sibuk dengan membawa diri pun sangkut bagaimana untuk memberikan perkhidmatan yang cepat dan berkesan.

Orang boroi juga mengutamakan makan mesti cukup dan tidak boleh berlapar berbanding dengan orang kurus. Dengan itu ia pasti mengutamakan perut sendiri  dahulu dari perut rakyat.

Pemuda memerhatikan perangai orang lebih gemuk selalunya begitu dan percaya jika Dr Zul dipilih akan jadi 'wakil rakyat sendiri didahulukan' . Petunjuk sudah jelas bahawa calon PAS itu pasti cakap tak serupa bikin. Percayalah.

Hoy.. calon boroi kuat makan lah...kah...kah...kah...
Hoy.. calon gemuk utama diri sendirilah  hark...kark..hark
Hoy.. calon boroi kuat tidurlah hah..hah..hah..
Hoy.. jangan kasi undi sigemuklah  kah..kah..kah..

Tuesday, October 26, 2010

CALON PAS PASTI KALAH BADI PADA KU LI DIGALAS


Pemuda percaya calon PAS Dr,Zulkefli Mohamad akan kalah badi dengan Tengku Razaleigh Hamzah dalam pertemuan pusingan kali ketiga ini. Pertama PRU 2004, kedua 2008 sebagai calon Parlimen Gua Musang dan kali ini berjumpa lagi pusingan ketiga diGalas.

Walau pun Ku Li bukan calon tetapi dia adalah Pengarah BN diGalas. Aura Ku Li melindungi calon BN Abdul Aziz Yusuff yang juga mempunyai aura yang kuat. Dr. Zulkefli hanya bergantung kepada aura Tok Lebai Nik Aziz yang sudah kering itu.  Lihatlah nanti. Sebenarnya, PRU ini menentukan sama ada Ku Li atau Nik Aziz yang power.

Berdasarkan rekod, Ku Li lebih power.

Saturday, October 23, 2010

PERTUNJUKAN FESYEN YANG DIFITNAH OLEH BAHALUL PAS = PARTI AHLI SYAITAN

INILAH YANG SEBENARNYA PERTUNJUKAN FESYEN ISLAM YANG DIADAKAN DIKUALA LUMPU BARU-BARU INI YANG DIHADHIRI OLEH PEMBESAR NEGARA. APA MASALAHNYA. APA YANG MENJOLOK MATA PAS. KAN ADA YANG LELAKI PAKAI JUBAH JUGA. APA YANG DIKATAKAN MENUNJUK AURATNYA. JANGAN BUAT FITNAH TAK TENTU HALA. BERDOSA TAU TAK?
LIHAT FITNAH MEREKA POSTING LEPAS.






Friday, October 22, 2010

PAS BUAT FITNAH ISTERI PM ATAS DARAT


pAS  adalah parti politik yang suka buat fitnah. Sebuah parti cakap pejuangkan islam tetapi tindakan lebih dari iblis-syaitan. Patutlah N ajis yang amal wahabi belajar agama dar india itu kata Pas sanggup berkawan dengan iblis /syaitan daripada berkawan dengan UMNO.

Mereka putar belitkan gambar pertunjukan fesyen dunia yang diadakan diluar negara kononnya anjuran  DS Rosmah Mansor Isteri PM. Gambar-gambar ini adalah pertunjukan fesyen yang diadakan di Monaco bukan diMalaysia.



mengapalah PAS  buat kerja Fitnah macam ni cari gambar pada majlah atau potal luar negara kata UMNO buat kerja macam ini. Kalau nak fitnah biarlah bertempat.PAS = Parti Ahli Syaitan
Tunggu lepas ini pemuda akan keluar cerita sebenar pertunjukan fesyen IFF yang dianjurkan diMalaysia.

Monday, October 18, 2010

SELAMAT BERSIDANG DIPERHIMPUNAN AGUNG UMNO - ADZLAND



Saya mengucapkan selamat bersidang diPerhimpunan Agung UMNO 2010 kepada semua perwakilan Pemuda, Wanita, Puteri dan Perwakilan Bahagian-Bahagian diseluruh negara.

Saya juga mengucapkan selamat datang kepada semua pemerhati yang menyokong UMNO kePWTC untuk memeriahkan lagi perhimpunan tersebut. Kepada yang tidak dapat menyertai keperhimpunan tersebut diPWTC diharapkan dapat mengikutinya dimedia.

Semoga wakil-wakil berucap diperhimpunan Agung itu dapat melahirkan idea yang bernas, praktikal dan berguna demi kepentingan parti, bangsa, agama dan negara. Semoga perbincangan itu dapat dilaksanakan apabila pulang dari persidangan tersebut.

Saya juga dengan besar harapan agar perwakilan yang berucap agar memikirkan idea terbaik bagi menjana satu perubahan sebagai input kepada Model Baru Politik yang diutarakan oleh Presiden parti.

SELAMAT BERSIDANG

Friday, October 15, 2010

KETUA KAMPUNG DAN IMAM NAIK ELAUN MELOMPATLAH

                    mesyuarat jkkk

Ketua Kampung ( Tok Empat), Imam, Guru Kafa dan ahli JKKK naik Elaun tidak diduga pada bajet yang dibentang oleh PM petang tadi. Ketua Kampung naik jadi RM800, ahli Jkkk naik RM 50 setiap kali mesyuarat, Imam naik jadi RM 750 sebulan.

Bagi Ketua Kampung kerajaan negeri sumbang elaun sebanyak RM200 jika dicampur elaun mereka sekarang rm1000 sebulan. Pemuda berharap selepas ini bajet kerajaan negeri akan naikan lagi elaun ketua Kampung sekurang-kurangnya rm200. Ini bagi menjana pendapatan tinggi menjelang negara maju 2010.

Pemuda ucap tahniah kepada Ketua-ketua kampung seluruh negara yang dibawah biayaan Kerajaan Persekutuan atau kerajaan BN. Selepas ini ramailah berminat untuk jadi ketua kampung dan jika kena gayanya mereka yang keluar universiti pun berminat menjadi Ketua Kampung.

Dengan kenaikan elaun KK, Imam, dan Guru Kafa serta ahli JKKK itu diharap mereka bersemangat untuk berkerja lebih keras lagi dalam melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar supaya golongan muda tidak berhijrah lagi kebandar-bandar besar.

Wednesday, October 13, 2010

APA NI RAMAI ORANG REPOT ANWAR LIWAT


Apa hal ni ramai sangat orang repot polis Anwar liwat. Sampai bekas banduan pun buat repot juga. Dah jadi macam musim durian gugur pulak dah. Ramai sungguh mangsa liwat Anwar ni. Heran betulah, dalam keadaan turun naik mahkamah bicara kes itu timbul pula kes baru. Tak boleh angkat mukalah PKR.

Kalau dah ramai sangat orang buat repot ni nak nafi macam mana lagi.  Sampai mati pun tak habis !  BACA SINI

Monday, October 11, 2010

PEMUDA DESAK LESEN BAS EXPRES TERBABIT DIBATAL SERTA MERTA


                                        

KEMALANGAN berpunca dari bas expres Delima yang merempuh pembahagi Lebuhraya semalam 10 Oktober 2010 di KM 223 Lebuh Raya Utara-Selatan,melibat 12 nyawa terkorban dan 40 cedera, kerosakan harta awam, sebuah van dan dua kereta persendirian serta menggangu kelancaran lebuhraya wajar diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa tanpa terlalu banyak terikat dengan siasatan demi siasatan.


Rakyat sudah bosan dengan siasatan yang akhirnya tidak ada apa-apa tindakan wajar dan kemalangan bas express terus berlaku seolah-olah tidak ada kesan kuat kuasa dan peraturan yang yang dilaksanakan.


Kemalangan demi kemalangan yang terus berlaku tidak menjadi kesedaran kepada kakitangan syarikat-syarikat pengangkutan bas expres.


Sektor pengangkutan Awam atas nama bas expres telah menghilangkan kepercayaan rakyat bahawa bahawa kenderaan itu menjamin penumpang selamat kemana-mana destinasi dinegara ini.


Syarikat-syarikat pengangkutan harus bertanggung jawab sepenuhnya atas kecuaian mereka melantik para pekerja yang melibatkan keselamatan nyawa penumpang dan pihak lain yang tidak bersalah menanggung beban tidak tentu fasal,


MAKA: PEMUDA UMNO MENDESAK KERAJAAN SUPAYA TANPA PILIH KASIH MEMBATALKAN LESEN PENGANGKUTAN BAS EXPRES DELIMA SERTA MERTA SEBAGAI PENGAJARAN KEPADA SYARIKAT-SYARIKAT BAS LAIN DINEGARA INI SUPAYA BERTANGGUNG JAWAB SEPENUHNYA KEPADA JIWA DAN NYAWA PENUMPANG.


Mereka boleh merayu tetapi pemuda berpendapat tidak perlu dipertimbangkan lagi sebab ini bukan peringatan pertama, kedua atau ketiga, malah ia berulangkali sejak mulanya ada pengangkutan bas expres dan setiap kali berlaku kemalangan ngeri.




Setiap kali ada kemalangan melibatkan bas expres rakyat rasa sejuk tengkuk, terasa-rasa akan ada panggilan memberi tahu ada kaum keluarga atau sanak saudara atau kenalan rapat terlibat sama. Rasa tidak selamat dipengangkutan awam ini mesti dilenyapkan segera. Begitulah hodohnya imej pengangkutan awam diMalaysia.




Rakyat menunggu pengumuman dalam masa terdekat.

Sunday, October 10, 2010

NIK AZIZ MUNAFIK DAN LIDAH BERCABANG


Memang tak salah sebelum ini pemuda sering mengatakan Nik Aziz lidah bercabang. Seorang yang dianggap ulama' sebenarnya bertindak sebaliknya. Masha'Allah begitu rupanya orang tua ni, makin lama makin menjadi pula !

HARAMJADAH ! BACA SINI


SUMBER: http://parpukari.blogspot.com

AHLI PARLIMEN BN BATU SAPI MENINGGAL DUNIA

    sumber: Pejuang Bangsa  http://sejarahmelayu.blogspot.com/




Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Batu Sapi, Datuk Edmund Chong, 54, terbunuh apabila beliau terbabit dalam kemalangan hari ini.Mendiang adalah merupakan bendahari Parti Bersatu Sabah (PBS). Beliau telah meninggalkan seorang balu dan juga 4 orang anak.





Takziah kepada keluarga beliau.

Saturday, October 9, 2010

PEMUDA DAN PUTERI TIDAK BOLEH DITEGUR



8 Oktober 2010 – Utusan Malaysia. Pemuda dan Puteri UMNO kesal dan kecewa dengan tindakan Setiausaha Agung parti itu DS Tengku Adnan Mansor membuat kritikan terbuka terhadap kedua-dua pergerakan itu melalui media.

Tengku Adnan membuat kritikan sehari sebelum itu mengatakan pemuda dan puteri sepeti tidak bermaya dan hanya ghairah merebut jawatan bagi kepentingan peribadi apa yang disifatkannya hanya mengejar jawatan dalam kerajaan.

KOMEN PEMUDA AKAR UMBI:

Betul apa yang Tengku Adnan cakap itu apa?. Saluran parti apa lagi?. Kalau sudah tegur macam-macam cara tak berubah juga balun terbukalah. Bloggers pun dah berbulu menegur sayap-sayap itu tetapi mereka kata bloggers memekak saja. Mereka kata bloggers ni macam beruk dan berbagai lagi.

Memang patut Setiausaha Agung tegur terbuka pun. Dalam keadaan kalang kabut berbagai isu dihadapi UMNO pemuda puteri sepatutnya agresif menangani isu-isu tersebut. Salah taka pa. Biasalah pemuda. Kalau Pemuda diperingkat nasional kuat, seperti dulu-dulu badan NGO seperti Perkasa tidak terbentuk. Kerana ada lompang itu menjadikan Perkasa segar.

Jangan pandai untuk menang bertanding sahaja. Yang penting tugas mencapai hala tuju Pemuda dan Puteri itu sendiri. Soalnya sekarang ada ke hala tuju perjuangan kedua-dua sayap itu. Jika ada kami dibawah tidak dengar dan nampak pun. Nak bawa kapal kena ada arah tuju. Masakan hanya terumbang ambing ditengah lautan !.

Bila tak ada hala tuju, Pemuda dan Puteri merayau ikut sedap saja. Akhirnya tidak tahu kemana hala tersesat. Tenggelam dalam laut isu.

Pemuda dan Puteri UMNO terimalah teguran secara tertutup atau terbuka untuk kebaikan.

Wanita pun jangan anggap tidak ditegur kali ini terlepas.

Friday, October 8, 2010

SOKONG UTUSAN MALAYSIA


Pemuda menyeru kepada siapa yang merasakan diri mereka melayu menyokong Utusan Malaysia. Pemuda menyarakan agar Utusan Malaysia menjadi pilihan utama. 'Buy Utusan first'.

Zalim kita jika membunuh ahkbar yang menegakkan perjuangan menegakan kebenaran dan sekali gus ia dituntut oleh Islam. Orang melayu jangan terperangkap perjuangan pengkhianat bangsa untuk menghapuskan lidah rasmi orang melayu.

DAPig, sentiasa menganjurkan berbagai cara untuk meminggirkan Utusan Malaysia. Apakah kita masih terpengaruh dengan kafir harbi laknat itu?. Jika mereka tidak baca utusan Malaysiapun meraka ada ada surat khabar China. Kita melayu apa?

Melayu harus bangkit . Jadikan Utusan Malaysia sebagai pilihan pertama kita !.


LEKATKAN SEMUA BLOG KITA POSTER INI.  HIDUP UTUSAN !.

Monday, October 4, 2010

RUMAH TITIAN KASIH SERU SOKONGAN KONSISTEN

        SEBARAN DARI http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com


KUALA LUMPUR, 2 Oktober 2010 – Rumah Titian Kasih yang menempatkan anak-anak yatim dan terbiar serta ibu tunggal, menyeru badan-badan korporat serta orang perseorangan untuk memberikan sokongan yang konsisten kepada aktiviti perniagaan yang dijalankannya secara berkala atau bulanan bagi membantu menampung perbelanjaan bulanannya yang mencecah jumlah RM30,000.

Menurut pengasas dan pengetuanya Sharifah binti Adlan, pihak Rumah Titian Kasih amat bersyukur dan berbesar hati atas sumbangan yang melimpah masuk semasa musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, namun hakikatnya rumah tersebut memerlukan sokongan sepanjang tahun tanpa mengira musim.

Ibu-ibu tunggal yang menghuni Rumah Titian Kasih membantu Sharifah menjalankan perniagaan kecil-kecilan bagi membantu mereka berdikari. Antaranya termasuklah penyediaan makanan dan katering, pembuatan kuih tradisional, aksesori wanita, penjualan pakaian terpakai serta perkhidmatan pencucian pakain.

“Selain daripada sumbangan tunai dan barangan, kami ingin menyeru sokongan terhadap aktiviti perniagaan yang kami usahakan bagi memastikan kami mendapat aliran pendapatan yang stabil dan berterusan,” jelas Sharifah kepada wakil kakitangan syarikat-syarikat Tune Group melawat rumah tersebut bersempena Hari Raya baru-baru ini.

Rumah Titian Kasih yang diasaskan oleh Sharifah pada 1998 mempunyai 85 penghuni yang terdiri daripada 20 ibu tunggal, 51 kanak-kanak, 12 orang kurang upaya and 2 warga emas.

Rumah Titian Kasih terletak di 62A-2 Lorong Maran, Jalan Kuantan, Tasik Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur.

Untuk menyampaikan derma dan sumbangan atau menempah barangan atau perkhidmatan dari Rumah Titian Kasih, para dermawan boleh menghubungi Sharifah di talian 019-6455769. Derma tunai boleh dimasukkan secara terus ke akaun Maybank bernombor 564061002172 atas nama Persatuan Pengurusan Pusat Jagaan Titian Kaseh Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut mengenai Rumah Titian Kaseh berserta aktiviti perniagaan dan perkhidmatannya boleh didapati di laman blog rumahtitiankasih KLIK SINI

MUSUH BESAR PKR ADALAH PERKASA







Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (( Perkasa) menjadi musuh banyak pihak termasuk PKR. Kenyataan Azmin Ali calon Timbalan Presiden PKR  meletakan Perkasa sebagai musuh nombor satu.

PKR berikrar dan berazam untuk menyerang habis-habisan. Pemuda mencabar supaya PKR menumpukan sepenuhnya serangan kepada Perkasa kerana Perkasa sangat bahaya kepada PKR dalam PRU 13.

Pemuda tidak menduga bahawa Perkasa sebuah badan NGO yang sangat bisa ditakuti oleh PKR, DAP dan PAS. Sedangkan Perkasa bukan sebuah parti politik pun sangat digeruni apa lagi ianya sebuah parti politik.

Pemuda melihat peranan yang dimainkan oleh Perkasa sangat berkesan dan PKR sangat bimbang dengan kehadhiran mereka. Dengan serangan yang ditujukan oleh pakatan rakyat itu, Perkasa akan lebih mantap  dan keahliannya lebih meningkat  kerana orang ramai akan bangga menjadi keahlian pertubuhan itu yang kuat dan bisa.

Ini bermakna perkasa bukan lagi NGO sembarangan tetapi ia boleh menggugat Pakatan Rakyat PRU13. Dasar UMNO jelas kita tidak mahu berperang dengan mana-mana NGO termasuk Perkasa. Tidak ada gunanya bergaduh dengan mereka kerana mereka tidak bermotifkan politik.

Pemuda menyeru kepada semua rakyat Malaysia melihat dan mengkaji tingkah laku politik PKR yang semakin hilang punca kerana masalah dalaman parti itu jelas terbongkar dan kecamuk sama sekali.

Ini semua adalah termakan SUMPAH MASJID  saiful tempuh hari dan laknatnya mula datang dan ia semakin parah dan parah.

Sunday, October 3, 2010

PEMUDA DEMO DI AIRPORT PENANG WIRA BANGSA




Pemuda UMNO respect habis pemuda Penang buat demonstrasi diLapangan Terbang Bayan Lepas semalam 3/10/10. Lim Guan Eng pasti pening dengan berbagai tentangan yang dihadapi kebelakangan ini oleh rakyat Pulau Pinang. Tentangan sebegitu walaupun kecil-kecilan membawa impak yang besar kepada jiwa orang melayu diseluruh negara. Ia jelas menunjukan DAP tidak mampu memerintah.

Sikap kurang ajar DAP mesti ditentang cara begitu. Lidah bercabang, menipu, pembohong tidak perlu dihormati sama sekali. Peduli apa pada jawatan ketua menteri jika melampau. Sudah tahu orang Islam dilarang memakan hasil judi kenapa dikhianati?. Jangan hina umat islam begitu rupa. Jangan ingat umat islam tidak ada harga diri walau pun hidup miskin. Umat Islam ada tanggung jawab akhirat.

Syabas pemuda Demo !!!

Saturday, October 2, 2010

PEGUAM UMNO HARUS BANTU PUTERI


Peguam Ibu pejabat UMNO harus memberi nasihat perundangan kepada puteri UMNO apakah tindakan selanjutnya setelah puteri membuat lapuran polis mengenai pencerobohan dan kacau ganggu serta lapuran menghasut seorang wartawan MI. Peguam UMNO harus bangkit membantu dan jangan lepas tangan dalam hal ini.

Puteri juga harus mendapatkan syarikat guaman lain sekiranya peguam UMNO buat lembu kenyang tidak mahu membantu. Pengkhianat seumpama ini mesti diajar kerana jika tidak ia akan berlarut lain kali apabila ada persidangan tertutup UMNO mereka mengulanginya lagi. Kes ini nampak kecil, tetapi jika sudah sampai masuk kedalam kelambu masakan UMNO mahu mendiam diri.

UMNO tidak boleh bergantung kepada apa tindakan polis semata-mata kerana banyak jalan untuk diselesaikan. Salah satu darinya adalah tindakan menyaman penceroboh yang kerana berlaku kerosakan imej kepada UMNO serta boleh jadi membaranya perasaan perkauman dengan lapuran pencerobohan tersebut. Masalah ini bukan masalah puteri UMNO semata-mata tetapi pencerobohan terhadap kebebasan dan hak ekslusif UMNO itu sendiri. Biarlah ianya ditentukan oleh undang-undang. Pemuda yakin Puteri UMNO Malaysia bijak, berani dan agresif dalam menangani musuh-musuh negara seperti ini dan tidak hanya bercakap semata-mata. Buktikan !.

MENYAMAR, MENCEROBOH DAN ADU DOMBA PERLU SIASATAN SEGERA


Boo Su Lyn yang menyamar, menceroboh dan membuat lapuran adu domba perkauman dalam Malaysian Insider pemuda UMNO berharap polis tiada halangan untuk siasatan segera terhadap wartawan berkenaan. Ini memandangkan bahawa puteri UMNO telah membuat lapuran hari ini ( 2/10/2010).

Pemuda UMNO mahu supaya pihak terlibat bertanggung jawab atas perbuatan mereka yang cuba memecah belahkan kaum dengan membuat lapuran dimedia berita yang ditokok tambah hingga menimbulkan sentimen antara kaum dinegara ini. dalam keadaan sekarang emosi cepat terbakar jika ada pihak mencurah minyak dan mencucuh api.

Wartawan dan portal yang berniat jahat itu wajar diambil tindakan sekiranya mereka tidak dapat membuktikan apa yang dilapur itu benar. Desakan ini dibuat kerana supaya pihak yang melatah dalam isu ini dapat maklumat yang tepat dan tidak terburu-buru menerma bulat-bulat apa yang dilapurkan.  Sekiranya perlu BSL itu dan penerbit akhbar berkenaan ditahan dibawah ISA.

KU LI CALON PERPADUAN PAS-UMNO


Jika beberapa hari yang lepas PAS mencadangkan supaya UMNO tidak meletakan calon diGalas untuk permulaan kepada perpaduan PAS-UMNO. Pemuda pula mencadangkan PAS pula supaya tidak meletakan calon jika Tengku Razaleigh Hamzah bertanding dikerusi DUN Galas.

Pemuda berpendapat cadangan itu sangat tepat kerana Ku Li diterima oleh semua pihak. Tidak ada sebab PAS menolak kerana Ku Li sering membantu kerajaan Kelantan dalam menuntut royalti minyak diperairan laut disekitar negeri itu.

Ku Li adalah calon yang tepat. UMNO dan PAS tidak perlu berbalah dan membuang masa dari sekarang hingga tarikh pilihan raya diadakan. Dengan hari penamaan calon Ku Li menang tidak bertanding, selepas itu masing-masing boleh kerja lain.

Jika ada pertandingan berbagai hal boleh berlaku dan moral masing-masing dapat diukur pada menang atau kalah. Jika PAS kalah, sudah tentu berbagai pihak akan membuat lapuran, andaian, rekaan, spekulasi dan berbagai lagi.

Dalam ceramah-caramah sudah tentu tibai-menibai akan berlaku. Pada ketika itu sudah tentu bahu Nik Aziz lah yang terpikul semua tuduhan sejak PAS bergargabung dengan DAPig yang anti Islam. Akaun DAP juga masuk dalam Akaun Nik Aziz.