Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Thursday, May 20, 2010

Loji Nuklear Di Hulu Tembeling

Dalam blog saya, saya mencadangkan pembinaan loji nuklear dibina di Hulu Tembeling. Baca sini.

Pembaca boleh baca sendiri hujah saya diblog berkenaan. Di sini saya ingin menekankan mengapa saya pilih Hulu Tembeling.Ini kerana Hulu Tembeling merupakan tempat terpencil. Jika berlaku kebocoran seperti di Chernobyl tidak akan memberi kesan kepada ramai penduduk Jerantut.

Mungkin orang akan tanya apa nasib pengundi Hulu Tembeling? Mereka perlu dipindahkan. Ini kerana dengan jalan yang belum ada lagi, kos maintance penduduk Hulu Tembeling sangat tinggi. Jika KP hendak mudik mengambil masa yang lama. KP yang selalu sibuk tidak sesuai mudik selalu dengan menaiki bot saja. Selalu KP akan menyewa helikopter. Cuba bayangkan berapa kos menyewa helikopter.

Dengan terbina loji nuklear di Hulu Tembeling, selain boleh memakmur dan mengkayakan ekonomi Jerantut, dapat juga menyelesaikan masalah kehendak jalan ke Hulu Tembeling. Penduduk akan diberi penempatan di Taman Negara. Ini boleh mengurangkan masalah ADUN yang kena menjaga pengundi dua tiga kerat saja di Hulu Tembeling sana.

Selama ini pengundi Hulu Tembeling membebankan wakil rakyat. Wakil rakyat dari zaman Chu Rahimah hingga ke Mat Jaafar dan kini Dato' KP menerima beban menjaga penduduk Hulu Tembeling yang suka demand macam-macam. Jika setakat duit ringgit KP boleh cari tapi jika sampai hendak ke jalan yang menelan kos ratus juta sangat membebankan. Lagipun Hulu Tembeling tidak ada kos ekonomi untuk di adakan jalan. Yang ada cuma nolstalgia orang kampung saja.

Pengundi Hulu Tembeling akan diberi pampasan. Mereka tidak akan rugi apapun. Demi kemajuan seluruh Malaysia dan Jerantut, mustahak mereka bekorban.

Thursday, May 13, 2010

Siasat Segera Surat Layang!

Berita Pemuda amat kesal surat layang berleluasa di Jerantut ini. Dalam mesyuarat Pemuda Bahagian Jerantut baru-baru ini Pemuda membincangkan surat layang yang bertebaran memburuk-burukkan Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Jerantut, Dato' Wan Amizan Wan Razak.

Pemuda memutuskan usul agar pihak polis menyiasat dengan segera siapa dibelakang surat layang ini. Memang tidak ada laporan polis dibuat tapi Pemuda minta polis menyiasat dengan segera bagi memulihkan imej Ketua Pemuda selaku ADUN Tahan dan Timbalan Ketua Bahagian yang calar imejnya kerana surat layang berkenaan.

Polis tidak perlu menunggu laporan rasmi. Jadi tanggungjawab polis membasmi fitnah dari tersebar luar kerana surat layang ini melibatkan tokoh yang sehebat Ketua Pemuda selaku ADUN dan juga Exco Pemuda Malaysia. Usul ini dinyatakan oleh Ustaz Salleh bin Haji Buru. Beliau juga mengatakan beliau kenal siapa dalang dibelakang surat layang ini.

Antara kandungan surat layang berkenaan adalah:

1) Membabitkan permohonan tanah Ketua Pemuda di Kg Sempadan seluas 300 ekar yang telah diluluskan. Tanah ini dipohon oleh KP yang mana melibatkan tanah orang kampung yang sudah ditanam berbagai tanaman tapi ikut undang-undang itu tanah kerajaan. KP berhak memohon dan lulus tanah itu hak KPlah.

2) Tanah di Lata Kasah yang sudah lulus sebanyak 50ekar.

3) Tanah di Perluk sebanyak 125 ekar juga sudah lulus.

4) Tanah di Pasir Durian juga telah lulus sebanyak 48 ekar.

5) Tanah Durian Hijau sudah lulus sebanyak 50 ekar.

6) Ladang LKPP Temin juga telah lulus sebanyak 30 ekar.

7) Bukit Ketupat 50 ekar dalam proses.

8) Kuala Tahan projek pembangunan bercampur melebihi 50 ekar.

9) Tanah tapak quaters balai polis Sg Jan juga telah lulus.

10) Rengas 49 ekar sudah lulus.

Ini antara isi surat layang berkenaan. Pemuda minta Tuan Pegawai Daerah Jerantut membuat kenyataan rasmi samada benar atau tidak dakwaan surat layang ini bagi membersihkan nama Ketua Pemuda selaku ADUN Tahan.

Jika benar semua tanah ini telah lulus baguslah. Ini akan membuatkan KP kaya raya dan akan turun ke Pemuda juga. Masalahnya ada orang dengki dengan kekayaan KP dan popularitinya. Dalam mesyuarat yang sama KP minta Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut agar kurang menganjurkan sukan kerana membazir duit. Ini kerana anjuran sebegini sudah sangat kerap dan telah banyak duit KP dibazirkan dengan sponsor team bola, jersey2 dan hamper.

KP minta Pemuda tumpukan program Juara Rakyat bagi merapatkan Pemuda dengan masyarakat. Admin mohon maaf kerana jarang update kerana penulis sibuk dengan urusan mengajar di Kuantan.

Thursday, May 6, 2010

Kamu Mahu KJ

Inilah pemimpin harap kami, kalau dia tak dilantik, sempit halkum



Ada desas desus nak buat rombakkan kabinet. Berita Pemuda sudah baca blog-blog Sri Tri Buana, SPU, Beranikan Hati, Sakmongkol AK47 dan RBF. Semua tak suka ke Khairy Jamaludin. Dalam banyak-banyak blog, Sakmongkol AK47 saja yang memuji KJ sebagai tokoh berkaliber. Banding dengan Mukhriz tu, biarlah KJ. Mukhriz bercakap pun tak pandai.

Kami Pemuda Jerantut mahukan KJ. Perhimpunan Agong tahun 2008 kami mencalonkan KJ. KP kami orang KJ. Semua orang tahu. Jika hidup KJ, hiduplah KP kami. Macam ni susah KP kami nak pulas projek. Kena cari makan dalam Jerantut juga, lepas tu rakyat bising pasal tanah. Tak berduit guana nak jaga Pemuda Jerantut hok lapor senala ni.

Apa guna KP kome berhempas pulas ngan KJ tapi Mukhriz hok duduk dalam kabinet. Naik KJ, melempah juga la ke Jerantut. Sapa hok untung? Pemuda Jerantut juga. Tolonglah bloggger hok tak suka ke KJ ni, jadi2 lah hentam orang sesama Melayu. Biorlah ke KJ tu naik kali ni. Puas dah dia menderitanya.

Moga doa Pemuda Jerantut nak ke KJ dimakbulkan lah.