Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Thursday, May 13, 2010

Siasat Segera Surat Layang!

Berita Pemuda amat kesal surat layang berleluasa di Jerantut ini. Dalam mesyuarat Pemuda Bahagian Jerantut baru-baru ini Pemuda membincangkan surat layang yang bertebaran memburuk-burukkan Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Jerantut, Dato' Wan Amizan Wan Razak.

Pemuda memutuskan usul agar pihak polis menyiasat dengan segera siapa dibelakang surat layang ini. Memang tidak ada laporan polis dibuat tapi Pemuda minta polis menyiasat dengan segera bagi memulihkan imej Ketua Pemuda selaku ADUN Tahan dan Timbalan Ketua Bahagian yang calar imejnya kerana surat layang berkenaan.

Polis tidak perlu menunggu laporan rasmi. Jadi tanggungjawab polis membasmi fitnah dari tersebar luar kerana surat layang ini melibatkan tokoh yang sehebat Ketua Pemuda selaku ADUN dan juga Exco Pemuda Malaysia. Usul ini dinyatakan oleh Ustaz Salleh bin Haji Buru. Beliau juga mengatakan beliau kenal siapa dalang dibelakang surat layang ini.

Antara kandungan surat layang berkenaan adalah:

1) Membabitkan permohonan tanah Ketua Pemuda di Kg Sempadan seluas 300 ekar yang telah diluluskan. Tanah ini dipohon oleh KP yang mana melibatkan tanah orang kampung yang sudah ditanam berbagai tanaman tapi ikut undang-undang itu tanah kerajaan. KP berhak memohon dan lulus tanah itu hak KPlah.

2) Tanah di Lata Kasah yang sudah lulus sebanyak 50ekar.

3) Tanah di Perluk sebanyak 125 ekar juga sudah lulus.

4) Tanah di Pasir Durian juga telah lulus sebanyak 48 ekar.

5) Tanah Durian Hijau sudah lulus sebanyak 50 ekar.

6) Ladang LKPP Temin juga telah lulus sebanyak 30 ekar.

7) Bukit Ketupat 50 ekar dalam proses.

8) Kuala Tahan projek pembangunan bercampur melebihi 50 ekar.

9) Tanah tapak quaters balai polis Sg Jan juga telah lulus.

10) Rengas 49 ekar sudah lulus.

Ini antara isi surat layang berkenaan. Pemuda minta Tuan Pegawai Daerah Jerantut membuat kenyataan rasmi samada benar atau tidak dakwaan surat layang ini bagi membersihkan nama Ketua Pemuda selaku ADUN Tahan.

Jika benar semua tanah ini telah lulus baguslah. Ini akan membuatkan KP kaya raya dan akan turun ke Pemuda juga. Masalahnya ada orang dengki dengan kekayaan KP dan popularitinya. Dalam mesyuarat yang sama KP minta Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut agar kurang menganjurkan sukan kerana membazir duit. Ini kerana anjuran sebegini sudah sangat kerap dan telah banyak duit KP dibazirkan dengan sponsor team bola, jersey2 dan hamper.

KP minta Pemuda tumpukan program Juara Rakyat bagi merapatkan Pemuda dengan masyarakat. Admin mohon maaf kerana jarang update kerana penulis sibuk dengan urusan mengajar di Kuantan.

16 comments:

Anonymous said...

Oh gitu

SG PAHANG said...

Editor BPUJ,

Tak patut surat layang tu kalau KP dalam duduk benor tak sapu hok orang ramai sebagai wakil rakyat. Tapi apa yang dicakap dalam surat tu betul pemuda nak suruh polis siasat sapa? Polis kena siasat pejabat tanohlah. Kan dah jadi terbalik pulok. Itu sebab pemuda tak berani buat ripot.

Anonymous said...

BP

Huisss abeh kedia belakalah tinggal tapak kubur je lah kite

Anonymous said...

Tapak kubor pon dia sapu

Anonymous said...

bagus lah dato kp kas sokong dato.
lepas kalau dapat parlimen pulak dapatkan jerantut pulak. ni semua org dengki ke dato ni. jgn risau kas sokong dato. kas suka sgt dato merompak tanah rakyat ni sebab senang kome nak memerintah pulak. tapi pastikan kurang sikit merompak tempat org pas takut dia org baca surah yasin ke dato. kas tgk perut dato lain macam je kembung nya.........hehehhehe jgn marah dato. kenyataan ni

uRag dRrulug said...

kahkahkah, mampos orang-orang umno ni

Anonymous said...

salam, kesian betul kepada KP yang difitnah. apakah tohmahan2 ini ada asasnya atau sekadar untuk menjatuhkan maruah seseorang. minta KP berani tampil kedepan dan menafikannya

Anonymous said...

nasib baik dia buat surat layang kat sekitar jerantut. kalo dia buat surat layang kat BPR, kes naya kalo bersalah. tapi bagi aku senang jer, kalo surat layang tu betul, buat jer report kat BPR, abis cerita. apa barang buat hura hara kat jerantut. baik hebahkan satu malaysia. sekarang zaman moden, pengunaan internet dimana-mana sahaja. tapi kalo betul tak bersalah, apa nak risau. buat-buat tak tahu sudah la, biasanya orang yang bersalah jer macam cacing kepanasan. he3x. zaman sekarang bukan zaman cari pasal macam dulu, silap sikit jer satu dunia tahu. so berhati-hatilah kalo ada niat buat benda tak baik. sekarang zaman moden, pemikiran rakyat malaysia bukan bodoh macam dulu, hanya orang pemikiran sempit sahaja mengikut bontot seseorang, biasanya orang bergini tak ada otak sebab otak diaorang sangat rendah nilainya apabila dikaburi dengan RM.

Godfather X.
(agak-agaknya comment aku ni kena buang atau tak?)

Anonymous said...

a) Di minta dato kp buat lapuran polis terhadap lapuran rompakan tanah ni.
b) Dato kp patut membuat penafian secara terbuka pada mesyuarat umno akan datang ni.
c) Pihak SPRM di minta siasat perkara ini.
d) Pihak negeri dan Pejabat Tanah ambil keputusan utk mengeluarkan maklumat ini semua kpd rakyat.
e) Mb Pahang diminta nmemberi penjelasan yang adil tentang perkara ini.
f) Jgn terima rasuah atau kebendaan dari Dato kp ni.
g) Siasat semua harta Dato kp ni, dari mana sumber kekayaan beliau.

Jika semua perkara ini tidak di siasat atau di kemukakan kpd rakyat nescaya masak lah Dato KP ni.
Kami tidak menuduh KP ni tetapi kami ada menerima surat layang yg di sebut di atas. dan rata org mengatakan perkara ini benar.

kami juga meminta Dato kp membuat laporan polis tentang perkara ini, jika dato kp tidak membuat laporan polis kami semua rakyat jerantut akan percaya apa yang Dato kp buat kpd kami.Jgn Dato kp ambik mudah benda ni sebab kami semua sanggup tidak menerima wang dato atas alasan kami sgt sayangkan melayu dari wang pd masa sekrg ini.

sekian

Drp: ORG YG SAYANGKAN DATO KP.

SEMSASIAN said...

pehal pemuda jerantut kecoh2 ni...?

Anonymous said...

bukan kecoh semasian, tp kp jerantut byk sgt buat hal. merompak tanah, melarikan anak dara org, menipu bila bercakap, janji selalu bohong, curi tanah org kampung serta balak di dlm nya, rasuah politik, menjatuhkan sesama melayu dan macam2 lagi hal yg buruk di dahului oleh kp ni.

Pemuda Felda said...

SDR WZWH (EDITOR).

satu hari saya dengan rakan2 tengah minum tea tarik kedai 702 Dato KP datang dia duduk dekat meja kami dengan kawan-kawan dia. Dia kata baru balik dari Amerika atas jemputan Condolissa Rise setiausaha negara Amerika jemput dia melawat Pantagon. SU negara itu bawa dia jumpa Presiden Obama.

Seminggu sebelum tu dia cerita dia minum kopi dan hisap cerut dengan PM Thailand dirumah PM tu diBangkok. Tiba2 tngah dia cerita tu dia angkat talipon cakap kuat kami dengar " Dato sri... ye Dato' Sri.... Ok..Ok...Ok..Thanks Dato Sri" orang duduk meje dia tanya dato sri mana pulak tu dia jawab " PM, Dato' Najib call dia nak jumpa". Member2 dia angguk kepala respect. kalau tanya banyak nanti sapa nak bayar bill.

Kami sebelah ternganga memikir betul ke cerita dia tu sama2 sendiri. Hebat betul KP jerantut ni....kami pun bayar bill terus cabut.

Lepas tu barulah kami tau orang cakap dia kuat memungkor.

Anonymous said...

WZWH,

Saya ada dengar cerita KP ni bercerita dia pernah bercinta dengan Erra Fazira sebelum Erra Fazira kawin. Dia kata Erra minat sangat ke mata KP ni. Kah Kah Kah, mcm mana aok boleh ikut dia, awak belajar oversea.

Anti Pungkor

Anonymous said...

dato kp guno demo ni. pecah tembelang dah kali ni. dato kp kuat sangat memungkor tu lah.semua blog kawe baca semua bahan ke kp ni. jadi perbualan kedai kopi pulak, jadi satu jenaka dah, dato kp kalau masuk raja lawak menang dah ni. tapi paling kawe nak suka pasal mata tu, buta juga erra fazira ni. ehhehehehehe. oklah dato kp teruskan memungkor satu jerantut ni. hehehehehh

Anonymous said...

hanya orang bodoh jer yang ikut cakap dato kp ni, orang bodoh tak semestinya orang yang tak sekolah, kadang-kadang orang bodoh ni terdiri daripada orang yang bijak pandai dan belajar di universiti. mereka ni jadi bodoh disebabkan duit, pangkat, kuasa dan nama. saya sebagai penduduk jerantut ni dah masak dengan cerita orang tentang dato kp ni, kebanyakkannya adalah keburukan, bukan kebaikan. kelentong, kelentong jugak dato, tapi masuk akal la sikit. he3x.

muara sat said...

BPUJ

BPUJ Boroi pemuda umno Jerantut

KPBUJ - Ketua pemuda UMNO jerantut
Ketua boroi UMNO jerantut
Ketua pungkor UMNO Jertt

tolong tambakan sikit Urag Drrulug...