Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Tuesday, April 20, 2010

Program Juara Rakyat


Ustaz Ahmad Shah Jamlus memberikan pidato yang berapi-api. Tokoh muda yang berpotensi!


Sapa kata Pemuda lembek? Sapa kata Pemuda tidak buat kerja? Kami Pemuda UMNO Bahagian Jerantut tak sama dengan pemuda-pemuda lain. Kami gagah berani. Kami aktif. Kami sentiasa menjuarai rakyat!


Dato' KP dan Timbalan Pengarah BTN. Pengganti beliau?


Pada 17April 2010, kami mengadakan Program Penggerak Juara Rakyat Dun Pulau Tawar di Sungai Tekam Resort. Program dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Bahagian Jerantut. YB Dato' Wan Amizan Wan Razak, Ketua Pemuda dan juga ADUN Tahan turut hadir. Beliau pemimpin yang kami kagumi. Beliau pemimpin yang kami geruni. Hidup Dato' KP!



Penulis bersama peserta-peserta kursus.

Turut menyemarakkan suasana adalah dengan adanya kehadiran Ustaz Ahmad Shah Jamlus, Timbalan Pengarah Biro Tata Negara. Beliau seorang yang berpendidikan agama, bijak berpidato dan sangat merendah diri. Kita berharap beliau akan menjadi pemimpin Jerantut masa depan.

1 comment:

Anonymous said...

si ahmad jamlus tu bukan timb pengarah ... takat pegawai latihan jer...

nak tipu pun pada-pada ler