Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Friday, April 30, 2010

SAMMY VALLU PRESIDEN MIC TERJUN LUBANG DALAM

Perlantikan G. Palanivel Timbalan Presiden MIC sebagai Ahli Dewan Negara yang mana selepas ini dipanggil YB Senator, adalah satu langkah bijak bagi kerana berkerjasama kuat memenangkan calon BN dalam PRK Hulu Selangor Ahad 25 April Lalu. Kerjasama ini diberikan atas keinsafan bahawa beliau sukar untuk menang semula dikerusi yang sama berdasarkan pengalaman PRU 2008.


Dengan tidak mengikut rentak Sammy Vallu, belaiu berkerja keras membantu calon BN Kamalanathan terutama bagi mendapat sokongan kaum India di Hulu Selangor. Dengan kemenangan Kamalanathan dari BN dan perlantikan G Palanivel itu telah meningkatkan moral masyarakat India bukan sahaja di Hulu Selangor sebaliknya diseluruh Negara. Ini menambah keyakinan bahawa BN adalah rakan kongsi yang boleh di percayai walau pun peluang itu sepatutnya UMNO boleh mengambil kesempatan meletakkan calonnya tetapi UMNO bersedia menerima calon MIC.


Para pemerhati berkata bahawa Sammy Vallu dalam keadaan seperti terjun kelubang dalam kerana hampa jawatan senator yang ditunggu - tunggunya selama ini telah beralih arah kepada Timbalannya. Bagaimanapun, rata- rata masyarakat India yang ditinjau memberikan pandangan bahawa Samy Vallu sudah ketinggalan zaman. Masa untuk Samy Vellu sudah berlalu.


Dengan Perlantikan G Palanivel itu memberi isyarat bahawa Samy Vallu tidak perlu menunggu lebih lama lagi untuk berundur sebagai Presiden MIC dan memberi laluan kepada G Palanivel untuk menerajui MIC. MIC akan mendapat sokongan dan meriah semula jika Samy Vallu mengambil keputusan meletakkan jawatan.


Bagaimana pun ada dikalangan ahli MIC memberi tahu bahawa Samy Vallu tidak akan berundur kerana dia sudah merasakan MIC seperti itu milik peribadinya . Adalah sukar bagi mereka untuk menolak Samy Vallu sebagai Presiden MIC kerana Samy Vallu menggunakan apa cara sekali pun untuk mempertahankan kerusi Presiden MIC itu. Dalam pada itu kata mereka kita tunggu dan lihatlah nanti.














No comments: