Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Thursday, June 24, 2010

DATUK WEE KA SIONG MOHON MAAF

KENYATAAN MENGENAI MARA AKHBAR SALAH LAPUR
Datuk Wee Ka Siong, Ketua Pemuda MCA bermaaf-maafan dengan Datuk Ibrahim Ali Presiden Perkasa selepas membuat kenyataan akhbar bersama KJ Ketua Pemuda UMNO Malaysia diLobi Parlimen semalam. Ka Siong menjelaskan bahawa dia tidak pernah membuat kenyataan membangkitkan tentang biasiswa MARA kepada pelajar-pelajar bumiputera melainkan tersalah lapur oleh akhbar. Datuk Ibrahim Ali yang pada mulanya enggan menerima akhirnya berlembut dan isu tersebut dapat diselesaikan secara aman.
(2) Pemuda merasa lega kerana jika berpanjangan akan menjejaskan perpaduan dalam BN yang sedang mula padu sekarang. Tumpuan untuk mengukuhkan parti tidak boleh diganggu oleh perkara seumpama itu kerana ia akan menggencat momentem menghala kehadapan. Pemuda memberi amaran keras kepada anggota kepimpinan BN baik diperingkat tertinggi, pemuda, wanita mahupun puteri disemua peringkat supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kepada massa jika BN hendak memerintah lagi. Apa-apa yang sensitif sewajarnya dibincang secara tertutup. Kita sama-sama senada suara menghala kepada parti lawan.
(3) Jika ada dikalangan kepimpinan tidak puas hati kemukakan didalam mesyuarat atau mengadakan pertemuan tertutup dengan PM, TPM atau menteri-menteri berkaitan. Pemuda sedar dalam masa kita menghala kehadapan sudah tentu banyak perkara-perkara yang belum dapat memuaskan ahli-ahli parti dan massa yang kita pimpin. Namun demikian kita harus mengelak kenyataan terbuka.
(4) Jangan jadi hero dikhalayak pada hal tidak mendatangkan apa-apa kesan malah timbul kemarahan dikalangan parti-parti komponen BN. Pemuda menasihatkan agar Pemuda dan wanita BN Pusat selalu mengadakan mesyuarat supaya banyak perkara boleh diselesaikan dari dalam. Jadikan Jawatan kuasa itu tempat perbincangan masalah rakyat khususnya hal-hal golongan muda dan urusan wanita supaya dapat dilaksanakan dengan adil. Jangan jadikan Jawatankuasa itu hanya tujuan untuk pilihan raya sahaja. Semasa berbincang ambilah pendekatan dari hati kehati bukan menegakkan benang basah masing-masing.
Pemuda berharap isu biasiswa ini selesai dan ditutup serta tidak diulangi lagi.

No comments: