Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Saturday, July 24, 2010

PEMUDA UMNO SELANGOR DAN PENANG SUDAH BANGKIT KUMPULAN RAMBO

Pemuda UMNO Selangor dan Pulau Pinang telah mula bangkit sebagai kumpulan RAMBO menjelang minggu ini. DiSelangor sudah nampak sibuk bangkit menentang kebodohan kerajaan negeri yang ingin menjual negeri kepada samseng pasir,tanah dan sebagainya.

Di Pulau Pinang juga bangkit sebagai wira menyokong usaha kakitangan awam yang diperlecehkan oleh Lim Guan Eng chauvenis  dan anti kemelayuan itu.

Pemuda sudah mula menyedari bahawa didalam diri ada kekuatan luar biasa yang boleh menggoncang dunia jika di eksploitasikan keseluruhannya.

Memegang kata-kata Sukarno " Berikan aku sepuluh pemuda nescaya dunia ini akan ku goncang" ketika membentuk revolusi menentang belanda di Indonesia.

Pemuda mesti terus bangkit dan jangan takut-takut, kerana darah yang mengalir dalam diri kita ini mengalir harapan agama bangsa dan negara. Sebarang yang bertentangan dengannya harus ditentang sedaya upaya.

Pemuda UMNO Malaysia diberitakan akan mengadakan program raksasa didua negeri itu akan melibatkan seluruh pemuda sebagai gempur pemuda Malaysia. Semoga benar apa yang dikata.

No comments: