Kedudukan penentangan kepada DAP yang menguasai pakatan rakyat Selangor oleh pejuang melayu sekarang sudah naik keperingkat ' Jihad ' dalam Islam. Jihad yang ada pada PAS itu rupanya kosong semata- mata. Jihad mereka barulah kita sedar hanyalah satu slogan merebut kerusi pilihan raya. Jihad hipokrit. Jihad kebendaan. Jihad duniawi. Pada hal dalam masa kafir harbi menindas orang melayu yang sekali gus islam mereka menyokong dibelakang. Malah sebaris dan kadang-kadang dihadapan.
Jihad adalah perjuangan yang konsisten, tidak mudah padam. Niat adalah menegakan Agama Allah. Jika melayu diusir, Islam diusir. Semua umat islam harus bangkit memainkan peranan diperingkat masing-masing. Allah s w t akan melaknati orang-orang yang berpaling dan lari dari jihad.
Pemuda-pemuda juga wajar bangkit terhadap apa juga cabaran musuh. Gerakan jentera, kemaskan barisan, guna apa yang ada, sanggup berkorban masa, tanaga, fikiran dalam melanjutkan perjuangan. Setiap zaman tidak sama. Kita menikmati zaman selesa dahulu kerana hasil perjuangan orang terdahulu. Zaman kita tidak selesa sekarang kita hadapi dengan cara tidak selesa. Kita kena kembalikan keselesaan itu. Tidak dapat tidak.
Lupakan perselisihan antara kita. Letakan musuh kita sebagai nombor wahid. Pemimpin kita yang berani kehadapan kita sokong. Jangan menikam dari belakang. Itu pantang larang 'jihad'. Bina momentem serangan kita semakin meningkat, silih berganti.
Sekarang ketua kita dicabar, kita mesti membantu. Senaraikan segala kepincangan selangor dibawah PR itu. Dikawasan masing berapakah rumah urut, pusat judi, rumah pelacuran, kara ok haram dan berbagai lagi sebagai bukti Pakatan Rakyat meluluskan atau membenarkan secara 'tutup sebelah mata' kepada samseng-samseng secara sesuka hati.
Kerja kotor itu adalah kerja samseng mencari keuntungan dengan hasil 'lendir' dan perjudian. Kecurian khazanah rakyat seperti pasir adalah tingkat samseng sampai kepada Menteri besar, Exco dan wakil rakyatnya harus ditentang. Kerana setiap sen khazanah itu adalah hak rakyat. Kita berhak menyoal atau menghalangnya.
Jangan takut. Kita berada dipihak yang benar. Sesuatu yang benar adalah Allah swt suka. Berjihadlah.
No comments:
Post a Comment