Presiden Parti berucap dimana-mana majlis Perasmian UMNO mengingatkan ahli-ahli parti secara umum. Ini berdasarkan pemerhatiannya terdapat gejala yang tidak sihat didalam parti.
Ahli-ahli UMNO jangan menganggap bahawa ucapan PM itu ditujukan khusus kepada seseorang.Tidak adil jika ada pihak yang menjadi mangsa kerana pentafsiran yang salah.
Dalam ucapan Presiden Parti diJerantut misalnya, dia memberi contoh bahawa Anwar Ibrahim tergila-gila untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sangup menjadi sesumpah. Pada Melayu cakap lain, Cina cakap lain, India pula cakap lain.
Perangai Anwar bukan sahaja dikalangan rakyat Malaysia, yahudi, CIA dan Mosad pun ditipunya. Jadi itulah Presiden UMNO mengingatkan bahawa ahli-ahli UMNO jangan jadikan tabi'at seperti Anwar.
Di Bahagiannya Sendiri diPekan, Presiden Parti mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya jangan jadi primadona didalam satu pasukan. Sifat ramai yang meninggi diri dalam pasukan , menyebabkan rakyat jadi benci. Ini tidak bermakna PM tujukan kepada perwakilan Pekan sahaja.
DiBagan Dato' Perak PM mengingatkan supaya ahli UMNO menyerang balas tindak tanduk pembangkang. Dan banyak lagi contoh-contoh ucapan PM yang agak berbeza dalam teks ucapannya.Semuanya bagi mengingatkan Ahli-ahli supaya sekata dalam tindakan.
Bagaimanapun, pentafsiran yang berbagai itu adalah perkara biasa bagi sesetempat sehingga ada pihak yang menjadi kambing hitam.
Apa yang penting adalah ahli-ahli UMNO memeriksa diri sendiri supaya tidak ditafsirkan oleh orang ramai berbagai 'jenama' hasil dari pemimpin berucap.
Pemuda mengingatkan pihak yang secara terbuka menghentam sesama sendiri supaya berhati-hati kerana ia boleh merugikan parti. Sampaikanlah ucapan secara berhemah supaya mesej menjadi pengajaran bukan timbul permusuhan.
1 comment:
Salam BPUJ,
Ini satu posting yang sangat baik, profesional, bertanggungjawab dan sepatutnya dilontarkan oleh Pemuda UMNO Jerantut. WZWH nampak BPUJ sudah matang pandangan politiknya. Teruskan menulis blog yang seumpama ini. Kita kena tahu musuh kita yang nyata, real yang sebenarnya...syabas.
Post a Comment