Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Wednesday, July 21, 2010

SYOR PELAN DAMAI UMNO - PAS

Memandangkan bahawa taufan anjuran perpaduan antara dua parti politik melayu bersumberkan melayu dan islam semakin kencang melanda maka pemuda mengesyorkan perundingan melalui tiga tahap tunjang sebagai Pelan Damai UMNO-PAS.

Tiga tahap itu adalah: (1) Tahap perpaduan ummah islam.
                                 (2) Tahap perpaduan bangsa melayu.
                                 (3) Tahap Kerajaan perpaduan.

TAHAP PERPADUAN UMMAH
___________________________

Pada pertama ini membina satu pelan perpaduan dalam hal-hal urusan kesempurnaan islam yang melibatkan keseragaman dalam urusan islam. Keselarasan dalam kerjasama membentuk, mendidik, membepertulkan dan mengembangkan aqidah islam. Membina rangka sempadan yang dibenarkan untuk berpolitik.

Bersatu menguruskan institusi masjid. Bersatu memelihara ketinggian Islam. Tidak mentafsir ayat-ayat al Qur an untuk kepentingan politik. Mempertahankan pengaruh luar secara kolektif bila timbul isu-isu agama.islam. Kedua-dua pihak harus membelakangkan latarbelakang politik bila urusan agama islam.

TAHAP PERPADUAN BANGSA
___________________________

Percaya bahawa islam dimalaysia penganut terbesar adalah orang melayu. Perpecahan melayu sebagai perpecahan islam. Memelihara kepentingan melayu cara sekata. Kedua-dua pihak mempunyai kesamaan berjuang untuk melayu dan islam. Berebut kerusi dalam pilihan raya diteruskan berdasarkan kekuatan 'manifesto' dan calon-calon yang berwibawa. Memikirkan jalan-jalan supaya melayu-islam  lebih kuat dan tidak boleh diperkotak katik oleh pihak lain.


TAHAP KERAJAAN CAMPURAN
_____________________________

Sebagai alternatif terakhir, sekiranya keadaan Islam dan melayu tercabar dan kritikal. Jika UMNO lebih UMNO boleh memanggil PAS bersama. Jika PAS lebih mereka menerajui dan UMNO boleh dipanggil besama membentuk kerajaan. Sama -sama meletakan kepentingan islam tempat pertama dan kepentingan bangsa dan lain-lain kedua dan keseterusnya. Lebel tidak penting asalkan islam dapat berkembang secara aman.


Buat masa ini memadai tahap yang pertama. Jika ada keserasian peringkat pertama mulakan langkah kedua. Tidak mudah untuk masuk fasa ketiga tetapi tidak mustahil boleh berlaku. Jika dilihat pada kepentingan pertama.


Tidak mungkin pelan damai berjalan ketiga-tiganya serentak. Tidak mungkin tercapai. Segalanya berjalan secara bertangga. Kecuali tiba-tiba, dua-dua pihak datang keinsafan dan hidayah yang luar biasa.

Kesimpulannya, pelan damai yang akan berjalan, jika UMNO tidak berkuasa, PAS akan berkuasa. Islam dan melayu hanya bertukar pemimpin tetapi dasarnya adalah sama bahawa melayu-islam bersalin tikar. Ini lah yang dielakan oleh pihak lain dan gemar melihat melayu islam berpecah supaya mereka dapat mengikut jalan tengah.

Kita merancang, Allah menentukan.  .

2 comments:

Anonymous said...

geli ketiok aku membaca 3 langkah2 / angan2 mat jenin ko ni..

cube ko perati kat blog ko ni?

saper target korang nak lenyek nak lempang? ada hati nak bersatu? Nik Aziz? haji Hadi? DS Anwar? Semua tu melayu n islam

chet!! Sendiri mau ingat!! org xbodoh dan semua tau ni sandiwara Bijan sebab barang naik..

SG Pahang said...

ANON 5.51 am diatas.

Awak tau bukan jika tidak berdamai itulah bahasa pemuda gunakan pada pemimpin awak tu. Jika berdamai kami akan tukar nadalah.
Lagipun kami hanya cadang pelan sahaja. Jika PAS mahu. Jika tak mahu kami peduli apa, tak rugi satu sen pun. Kami memerintah negara ini. Kami bukan lemah, sangat sampai minta sedekah pada pada pas,pkr atau dap. Kalau Pas tu betulah minta sedekah duit minyak dari kami. Buat sendiri tak reti, orang buat mintak2.
Kami pun tak tahan juga memerintah, kalau UMNO BN semua subsiidi tu boleh terus. Tapi kami tak kisah sebab kerajaan ada subdsidi macam2 saham felcra, naik gaji, bisasiswa dan banyak lagi free. Kau orang dapat apa. Naik lima sen pun dah membebel. Awak ingat minyak ni air kencing ke? air kencing pun dah naik harga tau 30 sen kat KL.

Awak ni puak khawarij ke? tak pandai nak bersatu. Kalau khawarij tu makna nya terkeluar dari islam.

Macamanapun sila lah datang lawat lagi blog kami ini. Kami sangat terbuka. Tak kisah kritiklah apa saja. Tapi bila kami balas telinga kena tahanlah.