Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Friday, April 23, 2010

Setuju dengan Puteri

Berita Pemuda membuka-buka blog Jerantut. Maklumlah Berita Pemuda masih baru, masih muda dalam dunia blog ni. Berita Pemuda terbuka blog Puteri, Suara Puteri UMNO Jerantut. erm, Pemuda tak tahu ni lidah rasmi puteri ke tidak, tapi kritikan puteri ni boleh tahan tajamnya. Ngeri juga membacanya.

Tapi Pemuda setuju satu benda. Pasal undang-undang kawin yang ketat ni. Memang menyusahkan sebenarnya. Budak-budak muda kena kursus, kena interview, kena tanya macam-macam. Mana hak rasa cemuh bahan jer tak yah kawin-kawin, kan senang. Dosa kemudian.

Dah jadi isu buang bayi merata-rata. Orang jantan apa susah, lepas nafsu lepas tu hilang lah. Hak menanggungnya perempuan juga usung perut ke sana ke sini. Pastu malu, emak bapa nak letak mana muka. Ni masalah gejala buang bayi makin banyak ni.

Lepas tu, hak poligami ni, nyusah juga. Kalau nak nikah dua, kena minta izin isteri pertama. Mampus isteri pertama tak bagi. Malaikat mana nak bagi. Ramai jer pemuda hak dah kawin nak ikut jejak Ketua Pemuda Bahagian juga, bernikah dua. Penulis ni pun nak juga merasa nikah dua.

Jadi dipendek ke cerita, wanita UMNO jadi-jadilah mendesak hak bukan-bukan. Kalau dok halang orang jantan ni lagi menjadi, yang yer palau jer ke deme tu. Tak sedang mana juga hebatnya kalau dok palau.

Iyer, kalau tak caya ckp keh ni cuba la.

Okla, Pemuda nak tido dulu, mereluh kata orang Jerantut.

No comments: