Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Monday, November 29, 2010

PEMUDA KESAL PENGHINAAN KEPADA ORANG MELAYU





Pemuda kesal kerana ada pihak yang laparkan undi bukan melayu menghina orang melayu melampau. Sikap parti politik yang dianggap oleh TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai kapal yang hendak tenggelam itu melukakan hati orang melayu.

Kerajaan hendak segera mengambil tindakan tegas lapuran polis yang dibuat diPulau Pinang dibawah akta hasutan supaya mereka itu dihadapkan kemahkamah kerana menghasut.

Politik kotor parti pembangkang itu bukan sahaja menghasut rakyat dalam negara malah menghasut penduduk dunia agar memandan rendah kepada kerajaan yang terasnya orang melayu.

Mereka adalah diantara yang mendapat keistimewaan dan pernah menjadi orang penting negara. Semasa mereka menjadi orang penting negara banyak menyeleweng hingga terbukti dipenjarakan kerana rasuah dan salah guna kuasa.

Sipenderhaka itu, mengaut kekayaan negara bersama kroni-krononya telah bayank pendedahan dibuat oleh orang kiri kanannya. Sekarang menuduh orang lain jahat sebagaimana kejahatan yang pernah dilakukannya.

Penderhaka itu akan membuat apa sahaja mengalih pandangan rakyat kerana tidak lama lagi akan dipenjarakan kerana 'miang buluhnya' suka melakukan kerja-kerja keji.

Wednesday, November 24, 2010

PEMUDA DESAK KERAJAAN PEMBANGUNAN MESTI AMBIL KIRA ORANG MELAYU

kalau pelancung minat lihat bandar mereka hanya keKuala Lumpur sahaja


Pemuda mendesak kerajaan supaya mengambil kira penyertaan bumiputera dalam apa-apa rancangan pembangunan. Tidak guna kita bangga pembangunan disana sini dalam bandar tetapi orang melayu hanya jadi pengunjung sahaja. Untuk mengambil kira itu hendaklah dikaji dari segi kemampuan orang melayu itu sendiri untuk membeli bangunan-bangunan yang dijual kepada orang ramai.

Pemuda tidak anti pebangunan, malah menggalakan pembangunan kerana ia boleh memberi peluang ekonomi kepada penduduk. Tetapi pembangunan disektor bandar hendaklah ada penyertaan bumiputera. Bandar adalah pusat perniagaan, jika orang melayu tiada ruang niaga bagaimana mereka hendak mencebur diri dalam perniagaan.

Contohnya dijerantut ini, orang melayu hanya sebilangan besar mampu berniaga dipekan sahari, pasar minggu, gerai-gerai yang disediakan oleh majlis Daerah sahaja. Ada segelintir sahaja mempunyai kedai yang agak baik. Buat apa kita membesarkan bandar tetapi orang melayu semakin tersepit.

Kami sedar Jerantut adalah pintu masuk pelancung ketaman negara. Tetapi pelancung datang dan pergi, jika bandar tidak besar dan cantik pun mereka datang juga. Mereka bukan ingin melihat bandar tapi ingin melihat hutan tropika tertua didunia diTaman negara. Jika mereka ingin melihat bandar mereka hanya pergi keKuala Lumpur, Singapura, dan lain-lain bukan Jerantut. Apa yang penting walau pun bandar ini kecil tetapi bersih dan peniaga-peniaga nya  juga bersikap bersih.

Jika dahulu PKNP giat membangunkan bandar-bandar mengapa sekarang tidak lagi aktif dan mandul?. Jika PKNP tidak lagi berfungsi lebih baik ditutup sahaja.

Sunday, November 14, 2010

PEMBANGUNAN BANDAR BARU JERANTUT WZWH KATA ORANG MELAYU RUGI



WZWH, mengatakan jika pembangunan itu tidak terus orang melayu rugi kerana tidak cantik, pintu masuk taman negara. Itu pandangan peribadinya sentiasa nampak kiri.

WZWH jika tak lihat  fakta jangan cakap. Nanti nampak kurang bijak!!. Orang semua sudah tahu ia telah dipamirkan dalam pelan pembangunan bandar oleh Jabatan perancang di Jerantut.  Tak baca la tu. bahawa dataran Jerantut itu hanya tinggal seluas 40 kaki lebar sahaja. Sama besar dengan kaki lima, luas sikit. Atau lebih kurang jalan raya dengan bahu jalan. Selamat  dan nak cantik dan hias apanya.

Lain kali kena tanya orang tua-tua. Pemuda tanya mereka.Sebelum bandar baru jrantut dibuka tahun 70an,  hanya ada bandar lama. Orang melayu tak dapat berniaga didisitu penuh dengan cina saja. Tan  Sri sharif Ahmad buka bandar baru ajak PKNP buat kedai. Maka ramailah orang melayu berniaga. Mara pun buat juga. Majlis Daerah pun pindah kesitu. Majlis pun buat gerai-gerai dan kedai murah. Ramailah orang melayu berniaga.

Lepas tahun 2000, bila buat kedai-kedai baru, orang melayu mula tenggelam buta ke ? Jika bandar baru ini terus, orang melayu lagi hilang tau ke ?.

Yang pasti pembangunan itu tidak untungkan melayu. MMelayu hanya bangga jerantut cantik. Isi kosong.  Kalau jadi pemimpin mesti ingat majukan bangsa sendiri,  jangan tapau orang melayu.Kita sediakan peluang untu mereka. Betul bukan tidak ada melayu mampu, tetapi kurang mantap. Jika harga rendah mereka mampu. Contohnya, semasa Ikip dan PKNP buat dulu, harganya patut mengapa ramai orang melayu beli.

Pemuda sokong apa yang muarasat bangkit itu supaya dikaji oleh MB dulu. Kami tidak mahu dengar jawapan WZWH. Dia sapa?  bukan MB atau wakil MB.

Kalau orang melayu tak maju berniaga, menang pilihanraya apanya. Bila ramai orang membantah itu tandanya tak sukalah. Ini soal masa depan politik ekonomi malayu. Lainlah WZWH cakap bagi pihak Lo Li. Ingat, PRU 12 BN dapat parlimen 1946 saja lebih.

Thursday, November 4, 2010

GALAS - PAS KALAH KERANA RASUAH



Walaupun wang berguna dan semua orang mencarinya tetapi rakyat sudah mula benci kepada rasuah politik. Pas kalah di Galas kerana rasuah  secara terbuka. Seluruh dunia melihat Nik Ajis menghulurkan wang kepada orang Asli.

Pas cuba membeli undi orang Asli tetapi orang asli pun boleh fikir Pas beri duit kerana mahukan undi mereka. Lepas pilihan raya Pas tidak nampak muka. Tanah adat mereka di gasak oleh Pas dan diberi kepada tokey Singapura. Hutan tempat orang Asli mencari rezki habis jadi padang jarak padang terkukur.

Tiap-tiap kali pilihan raya Pas memberi sijil palsu kononnya akan beri tanah, saham dan lain-lain lagi. Tetapi bertahun tunggu sampai sijil berkarat satu hapah pun tiada. Orang Asli pun sudah masak dengan penipuan serta helah Pas. Kali ini orang Asli dan melayu Galas ajar Pas cukup-cukup. Padan muka Pas.

Monday, November 1, 2010

JKR - KERAJAAN PUSAT KE KERAJAAN PEMBANGKANG ?



Kemana pergi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan Persatuan Kontraktor Malaysia? sedarkah ramai kontraktor bumiputera ditekan oleh pembangkang ?, Apakah peranan kedua Dewan itu terthadap nasib peniaga-peniaga melayu ?.

Jika Dewan itu tidak lagi berperanan lebih baik gulung sahaja. Jika hanya membuat polisi-polisi untuk memenuhkan kantong sendiri tidak perlu lagi Dewan Perniagaan dan Persatuan Kontraktor bumiputera. Kebelakangan ini nampak Dewan Perniagaan Melayu mengalami 'sindrom bisu'.

Kes Pembinaan Hospital Shah Alam contohnya, tidak terdengar suara-suara kedua-dua Dewan itu. Apakah Dewan itu hanya 'main selamat' dalam hal ini. Sekurang-kurang dapat membantu mencari jalan tengah, supaya mana syarikat bumitera tidak lingkup.

JKR pula perlu bertimbang rasa, jika lewat sedikit dari jadual. Kerana membuat hospital bukan seperti bangunan biasa. Ia sangat rumit dan banyak hal-hal yang tidak termasuk dalam spekasi bangunan. Contohnya, pembinaan hospital besar Alor Star, bukan sahaja makan bertahun tambahan masa malah berpuluh juta tambahan kerana perubahan pelan dan sebagainya.

Jangan terlalu tunduk kepada pembangkang kerana mereka apa yang dibuat oleh kerajaan sentiasa tidak kena. Kalau diberi kepada mereka baru kena !.
TERUSKAN BACA SINI
TERUSKAN BACA SINI