Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Wednesday, November 24, 2010

PEMUDA DESAK KERAJAAN PEMBANGUNAN MESTI AMBIL KIRA ORANG MELAYU

kalau pelancung minat lihat bandar mereka hanya keKuala Lumpur sahaja


Pemuda mendesak kerajaan supaya mengambil kira penyertaan bumiputera dalam apa-apa rancangan pembangunan. Tidak guna kita bangga pembangunan disana sini dalam bandar tetapi orang melayu hanya jadi pengunjung sahaja. Untuk mengambil kira itu hendaklah dikaji dari segi kemampuan orang melayu itu sendiri untuk membeli bangunan-bangunan yang dijual kepada orang ramai.

Pemuda tidak anti pebangunan, malah menggalakan pembangunan kerana ia boleh memberi peluang ekonomi kepada penduduk. Tetapi pembangunan disektor bandar hendaklah ada penyertaan bumiputera. Bandar adalah pusat perniagaan, jika orang melayu tiada ruang niaga bagaimana mereka hendak mencebur diri dalam perniagaan.

Contohnya dijerantut ini, orang melayu hanya sebilangan besar mampu berniaga dipekan sahari, pasar minggu, gerai-gerai yang disediakan oleh majlis Daerah sahaja. Ada segelintir sahaja mempunyai kedai yang agak baik. Buat apa kita membesarkan bandar tetapi orang melayu semakin tersepit.

Kami sedar Jerantut adalah pintu masuk pelancung ketaman negara. Tetapi pelancung datang dan pergi, jika bandar tidak besar dan cantik pun mereka datang juga. Mereka bukan ingin melihat bandar tapi ingin melihat hutan tropika tertua didunia diTaman negara. Jika mereka ingin melihat bandar mereka hanya pergi keKuala Lumpur, Singapura, dan lain-lain bukan Jerantut. Apa yang penting walau pun bandar ini kecil tetapi bersih dan peniaga-peniaga nya  juga bersikap bersih.

Jika dahulu PKNP giat membangunkan bandar-bandar mengapa sekarang tidak lagi aktif dan mandul?. Jika PKNP tidak lagi berfungsi lebih baik ditutup sahaja.

No comments: