Pemuda mendesak polis supaya menyiasat hingga keakar umbi siapakah dibelakang 'khutbah' diPulau Pinang itu. Mustahil khatib itu berani berbuat demikian jika tidak ada dalang besarnya. Khatib itu harus ditahan reman bagi mendapatkan maklumat sepenuhnya, kerana hal ini ada kaitan dengan subersif bagi memporak perandakan umat islam.
Soalnya mengapa perkara ini berlaku diPulau Pinang, tidak di Selangor, Kedah atau Kelantan atau dinegeri-negeri lain ?. Mengapa di Penang?. Adakah idealisma parti Komunis Malaya masih berjalan? Adakah unsur-unsur seperti Hinderaf dirancang? Adakah fahaman zionis mula masuk kemasjid? Ini persoalan yang timbul.
Pemuda melihat perkara ini serius kerana 'menghalalkan apa cara' itu masuk kesegenap segi secara serentak dalam tempoh dua tahun ini. Pemuda nampak bahawa khatib itu bukanlah orang tidak berilmu dan matang dalam membezakan antara musuh islam dengan pelindung islam. Sanggup pula memusing cakap bila perbuatannya diketengahkan. Ini mesti ada 'gurubesar' dibelakangnya. Gurubesar ini mesti orang yang bertopengkan islam selama ini. Guru besar ini ada gurunya di luar negara.
Sekali lagi pemuda mengingatkan LGE jangan campur dalam urusan Ibadah umat islam.
No comments:
Post a Comment