Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Wednesday, August 4, 2010

TONY PUA - KDN DIDESAK AMBIL TINDAKAN SEGERA


Menteri Dalam Negeri didesak supaya bertindak segera lapuran polis yang dibuat oleh pemuda UMNO Selangor terhadap Tony Pua dari DAP yang  secara terang-terang melanggar undang-undang dasar Persekutuan tentang hak keistimewaan melayu dan bumiputera.

Bukan hak keistimewaan itu dipertekankan tetapi cara mereka menimbulkan rasa gelisah dan usaha mereka memecah perpaduan itu adalah menjadi tumpuan pemuda. Kita bimbang dengan cara provokasi itu mendatangkan kemarahan yang melampau dikalangan masyarakat melayu.

Tony Pua telah secara rasis mempertikaikan hak keinstimewaan melayu tanpa segan silu menimbulkan rasa marah dikalangan orang melayu diMalaysia.

Apa yang dibangkitkan oleh Tony Pua itu boleh menjejaskan perpaduan diantara kaum dimana kerajaan sedang berusaha sedaya upaya untuk membina perpaduan tersebut melalui dasar 1Malaysia. Sebarang usaha untuk memporak perandakan perpaduan negara adalah baik ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ).

Kebelakangan ini DAP semakin melampau membangkitkan perkara yang sensitif  sehingga boleh menjejaskan keharmonian perasaan antara kaum. Mereka memilih kenyataan yang kontraversi seolah-olah mencabar orang melayu dan pihak berkuasa.

Kenyataan seumpama ini akan berterusan jika tidak diambil tindakan kerana mereka merasa besar kepala memandangkan setiap kali mereka melontarkan kata-kata kesat tidak ada sebarang tindakan yang diambil kepada mereka.

Walau pun pemuda UMNO boleh bersabar tetapi kesabaran itu ada batas-batasnya. Bagaimana pun pemuda UMNO yakin bahawa pihak berkuasa lebih arif dalam mengambil sebarang tindakan. Pemuda tidak boleh bertindak diluar undang-undang kerana negara kita mempunyai undang-undang yang sangat adil dan saksama. Pemuda juga harus percaya bahawa pihak berkuasa ada sukatannya untuk mengambil satu-satu tindakan.

Pemuda percaya bahawa KDN juga memantau terhadap sikap Tony Pua dan lain-lain yang bersikap pelampau itu. Oleh itu pemuda jangan bertindak sendiri dan biarkan pihak berkuasa bertindak berdasarkan lapuran yang dibuat oleh pemuda Selangor itu pada 4ogos 2010 itu.

No comments: