Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Thursday, August 19, 2010

PUJA KAFIR HARBI DALAM KHUTBAH JUMAAT.

Umat islam jangan jadi tongong  melampau hingga memuja nama kafir Harbi didalam Khutbah Jumaat. Jika terlalu kasih dan menyokong mereka dalam politik jangan menjadi igauan sehingga masuk kedalam Khutbah.

Perbuatan seumpama ini tidak pernah berlaku dalam sejarah umat Islam melainkan kafir harbi hanya disebut sebagai musuh islam samada gelap dan terang. Sudah jelas ada tanda-tanda Islam diresapi oleh musuh Islam sehingga terbawa-bawa kedalam khutbah.

Kita menyebut nama KDYMM Yang DiPertuan Agung  atau Raja-raja dan Yang DiPertua Negeri itu bukan disebabkan oleh peribadi Baginda tetapi adalah atas nama institusi yang melindungi Islam. Manusia boleh bertukar ganti tetapi institusi itu tetap kekal selagi undang-undang dasar negara ini berjalan.

Dengan menyebut nama seperti Lim Guan Eng dalam khutbah itu adakah ia pelindung Islam?. Berapa ramai orang islam telah terinaya dengan pemerintahannya. Bukan Islam sahaja malah masyarakat Hindu pun terinaya. Pemerintahannya telah merampas tanah orang islam dan Hindu serta menyekat berbagai cara dari umat Islam mencari rezki. Dengan melihat pada isu semasa, Pulau Pinang ada bunga-bunga seakan-akan Ghaza. Itukah pemimpin yang dipuja didalam khutbah?.

Dengan apa yang berlaku di Jelutong dan Permatang Pauh itu cukup memalukan dan memualkan. Cukuplah dan jangan mengulanginya lagi kerja  dungu itu.

No comments: