Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Wednesday, August 18, 2010

OPERASI LALANG LAGI

Pemuda menasihatkan supaya pemimpin parti Pakatan Rakyat jangan bercakap banyak dan banyak berehat dalam tempoh lima enam bulan ini kerana pertempuran antara MCA-UMNO akan menjadi panjang ceritanya.

Pembangkang harus ingat bahawa dalam operasi lalang 20 tahun sudah bukan pihak yang bertengkar ramai ditangkap tetapi pemimpin pembangkang yang ramai dalam tahanan ISA. Setengah tokoh masih aktif lagi dalam politik PAS dan DAP sekarang. Tentu mereka boleh memberi tahu rakan-rakan.

Mengapa gajah sama gajah berlawan pelanduk mati ditengah? jawabnya mudah. Batu api lagi bahaya dari pihak yang bertelagah.Kali ini jangan jadi batu api lagi. Buat hal sendirin sahaja. Kalau tak percaya tempahlah katil mana dan minta lah nombor tahanan awal-awal.

Pemuda percaya sekarang pun sudah diperhatikan siapa yang layak. Jangan buat fasal. Eluk berdiam diri, jangan terlalu banyak bergerak. Banyak cakap banyak silap.

Ingat dulu pihak yang bertelagah Dato' Sri Najib dan Lee Kim Sai tidak tertangkap tetapi karpal Singki menangis air mata buaya naik black maria serta beberapa tokoh DAP lain dan ramai juga dari PAS. ISA tidak mencari orang yang bergaduh sebaliknya orang yang menghasut adalah bahaya.

Nanti tidak fasal-fasal dari kena tiga hingga enam bulan ISA lepas itu turun naik mahkamah dituduh dibawah Akta Hasutan. Jangan campur, jangan bergerak dan kurang mengulas. Selamat.

3 comments:

Anonymous said...

saye xkan sokong UMNO sbb bnyk makan rasuah..bikin malu mlayu je

Anonymous said...

supe je. PAS, PKR,DAP pun sama. Nik aziz rasuah anak menantu keliling pinggang. Anwar Ibrahim kena penjara 6 tahun salah guna kuasa. DAP selangor, ada kuasa sikit pub dah rasuah. Orang bodoh rasuah gelojoh.

Anonymous said...

Orang macam awak memang tak malu hehehe.