Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Sunday, August 29, 2010

WEE MENG CHENG ATAU NAMEWEE - BUAT HAL LAGI MELAMPAU

Wee Meng Cheng atau Namewee yang dkait dengan menghina Malaysia dalam lagu negara ku kembali keudara dengan berbagai lagu dan lakunan diklip vedeo lebih hebat lagi menyentuh sentimen perkauman.

Perdana Menteri mengarahkan untuk disiasat  segera, jika ada bukti seret kemahkamah. " kita tengok dulu, jika ada bukti cukup boleh didakwa didakwa dan serahkan pada mahkamah jatuhkan hukuman" kata PM.

Pemuda mahu supaya isu perkauman ditangani dengan tegas. Kurangkan amaran, sebalikya jika ada bukti kita akan lihat keputusannya mahkamah. Cukuplah konsep 'maaf' dalam urusan yang boleh membakar negara. Pemuda juga mahu hasil siasatan dikemukakan kepada umum. Bukan sekadar retorika.

Sampailah masanya Namewee ini diperam seperti pisang dalam lagunya yang terbaru. Jika pemuda itu tidak merasa, selagi itu dia berani buat bebal sepanjang masa.  Ia harus diajar bukan dengan cakap lagi tetapi memerlukan komitmen orang bertanggung jawab. Amaran-amaran tidak main lagi.

Wednesday, August 25, 2010

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT JANGAN TEGAK BENANG BASAH


Kebelakangan ini banyak perkara habis setakat siasatan akhirnya tergantung tiada tindakan susulan walau pun terdapat bukti-bukti kebenaran pengkhianatan terhadap negara, agama dan bangsa. Isu-isu seumpama ini menggambarkan pihak berkuasa tidak tegas. Lama kelamaan nanti para pejuang akan menjadi bosan untuk bertindak dan membiarkan apa jua isu kerana ia bertujuan gembar-gembor politik semata-mata.


Kes Khatib Zakaria Ahmad terang-terang mengaku membelakangkan KDYMM Seri Paduka Banginda Yang Dipertuan Agung dibebaskan begitu sahaja. Sepatutnya ia diambil tindakan wajar kerana menghina Institusi Ketua Negara yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan. Isu mendoakan mereka yang memusuhi Islam secara nyata bukan perkara kecil.


Jika pemerintah membiarkan berterusan kes-kes seumpama ini lama kelamaan ramai orang naik keatas kepala kerana mereka fikir jika mereka buat pun hanya setakat siasat sahaja. Tidak lebih daripada itu. Pemuda kecewa kerana Si Zakaria Ahmad dibebaskan begitu sahaja sepatutnya dia disusuli dengan dakwaan dimahkamah walau pun dia mengaku semasa siasatan.


Pemuda juga mengutuk keras sikap Dewan Pemuda Pas Pusat yang membela alat Lim Guan Eng itu.  Pemuda Pas mengizinkan kerendahan akhlak seorang khatib dalam membaca khutbah penting sebagai syarat fardhu Jumaat.  Membaca khutbah tidak mengikut tatasusila dan peraturan Islam juga merupakan akhlak. Perjuangan menegakan Islam apakah yang DPPP lakukan?.


Perbuatan menghalalkan semua cara bagi mencapai cita-cita politik termasuk urusan ibadat  adalah perbuatan keji yang tidak boleh dimaafkan. Walau pun Si Zakaria Ahmad itu penyokong Pas, tetapi kebaculannya tidak harus dibela oleh sesiapa pun.  Salah tetap salah walau pun dia kawan kita. Jangan kerana keangkuhan kita itu mempamirkan kedunguan kita dalam menegakan agama Allah swt. Jika kita menyokong akan menambahkan lagi kekusutan ibadat umat Islam.


Peranan DPPP sepatut menegur dan mengkritik sebarang bentuk penyimpangan dalam rangka ibadat, bukan pemuda UMNO. Sekarang oleh kerana terlalu taksub dengan meraih undi kaum lain agama dijadikan alat membesarkan jiwa musuh  islam nombor satu itu. Jika UMNO mengatakan Pas sesat,  bukan main kuat lompat dan jeritnya  bertanya mana bukti ? Sekarang bukan bukti ?. UMNO sejak merdeka tahun 1957 tidak pernah menyeret nama tokoh-tokoh MCA kedalam mana amal ibadat kerana kami hanya berkongsi pemerintahan bukan soal agama, kerana bagi mereka agama mereka, kami agama kami dan harus saling memahami.


Itu pun PAS menuduh UMNO kafir..... jika hal ini berlaku kepada UMNO kami tidak tahu apalah sumpah seranah PAS kepada UMNO.  Sekarang sebenarnya siapa....................... ?.

Tuesday, August 24, 2010

LIM GUANENG BERHENTI SEGERA !! JANGAN ARAH TEKS KHUTBAH LAGI

Pemuda mendesak polis supaya menyiasat hingga keakar umbi siapakah dibelakang 'khutbah' diPulau Pinang itu. Mustahil khatib itu berani berbuat demikian jika tidak ada dalang besarnya. Khatib itu harus ditahan reman bagi mendapatkan maklumat sepenuhnya, kerana hal ini ada kaitan dengan subersif bagi memporak perandakan umat islam.

Soalnya mengapa perkara ini berlaku diPulau Pinang, tidak di Selangor, Kedah atau Kelantan atau dinegeri-negeri lain ?. Mengapa di Penang?. Adakah idealisma parti Komunis Malaya masih berjalan? Adakah unsur-unsur seperti Hinderaf dirancang? Adakah fahaman zionis mula masuk kemasjid? Ini persoalan yang timbul.

Pemuda melihat perkara ini serius kerana 'menghalalkan apa cara' itu masuk kesegenap segi secara serentak dalam tempoh dua tahun ini. Pemuda nampak bahawa khatib itu bukanlah orang tidak berilmu dan matang dalam membezakan antara musuh islam dengan pelindung islam. Sanggup pula memusing cakap bila perbuatannya diketengahkan. Ini mesti ada 'gurubesar' dibelakangnya. Gurubesar ini mesti orang yang bertopengkan islam selama ini. Guru besar ini ada gurunya di luar negara.

Sekali lagi pemuda mengingatkan LGE jangan campur dalam urusan Ibadah umat islam.  

Saturday, August 21, 2010

KHUTBAH JUMAAT DARI PEJABAT LIM GUAN ENG ?

Pemuda UMNO mendesak hasil siasatan terhadap khatib-khatib dimasjid yang terlibat dengan bacaan khutbah menggantikan nama KDYMM Yang DiPertuan Agung diPulau Pinang diambil tindakan keras supaya perkara itu tidak berulang lagi. Khatib-khatib itu wajar diseret kemahkamah supaya mereka tahu bahawa dinegara ini ada undang-undang dalam segala aspek.

Pemuda juga mengingatkan supaya masjid-masjid dinegeri lain supaya menyampaikan khutbah mengikut peraturan dan undang-undang bahawa teks khutbah itu disediakan oleh Majlis Agama dinegeri-negeri. Memang terdapat banyak masjid-masjid yang mana mereka menggunakan teks sendiri tetapi mereka tetap mengikut prinsip asal khutbah.

Khutbah yang tidak mengikut peraturan itu boleh menyebabkan banyak penyelewengan fikiran berlaku dan ia boleh menjadikan makmum merasa gelisah dan merasa serba salah. Memang terdapat khatib-khatib atau pegawai masjid cuba menggunakan khutbah berdasarkan sentimen politik kepartian mereka. Namun demikian kita mesti sedar bahawa fardhu jumaat adalah ketetapan ibadat yang merangkumi seluruh umat islam tidak mengira apa pegangan politik.

DAP jangan cuba-cuba campur tangan dalam urusan ibadat umat Islam kerana padahnya amat buruk. Lebih baik DAP tidak perduli langsung hal urusan islam walau pun diminta berbuat demikian oleh segelintir kaki ampu dungu kerana sebahagian besar umat Islam tahu bahawa DAP adalah parti politik yang anti agama Islam sejak DAP mula ditubuh. Jangan hipokrit terhadap orang islam disebabkan ingin menguasai politik melayu islam.

Friday, August 20, 2010

PENGETUA MENGAMUK TANDA MELAYU TERTEKAN

Pemuda BN wajar kaji mengapa Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan TAR Kulai, Johor Puan Siti Inshah Mansor membuat kenyataan perkauman dihadapan pelajar umum disekolah itu. Jangan terlalu menyalah dan cepat membuat kesimpulan bila bertemu dengan reaksi sedemikian.

Kebelakangan ini sudah mula ramai orang melayu tiba-tiba membuat sesuatu diluar dugaan seperti apa yang berlaku diPulau Pinang Seorang berumur 60 tahun menampar Lim Guan Eng dan kemarin dua orang PAS mengamuk dipintu masjid memaki hamun Lim Guan Eng yang hadhir berbuka puasa atas jemputan PAS.

Ini sebagai petanda atau 'sign' bahawa jiwa orang melayu mula tertekan apabila kaum lain banyak membangkitkan hal dan hak orang melayu serta agama islam. Jika perkara ini berterusan insiden mengamuk ini akan kita dapat lihat lebih banyak lagi kerana mereka sudah tidak tahan setiap hari orang melayu dimaki hamun ditanah airnya sendiri.

Peristiwa ini adalah unjuran dari resolusi melampau MCA dikonvensyen mereka baru-baru ini serta lanjutan dari pertikaman lidah antara Tan Sri Muhyidin Yassin dengan Chua Soi lek yang melibatkan tokoh-tokoh negeri Johor.

Pemuda BN harus faham bahawa golongan rakyat jelata menerima sesuatu pertentangan politik itu hingga mengalir kedalam darah dan mereka itu bukan orang politik. Bagi orang politik perkara seumpama pertikaman lidah itu adalah biasa. Tetapi bagi rakyat ia adalah perkara yang sangat serius dan menguasai fikiran perasaan mereka.

Kaum, lain harus belajar dari penjajah Inggeris bahawa mereka terlalu berhati-hati berhadapan dengan bangsa melayu sebelum menjajah Tanah Melayu kerana mereka sudah mengkaji bahawa hanya satu bangsa didunia ini ada tabiat 'mengamuk'. Tabiat yang sama ada pada orang Eksimo.

Amuk adalah satu reaksi tiba-tiba bila dalam keadaan tertekan. Orang yang mengamuk ini selalunya tidak boleh mengawal diri dan separuh sedar. Ia boleh berjangkit jadi beramai-ramai sepertri histeria jika terlalu serius.

Sebab itu Inggeris menjajah Tanah Melayu dengan cara orang melayu kurang terasa pada peringkat awalnya. Oleh kerana mereka bimbang untuk berurusan dengan kaum pribumi, mereka mengimpot kaum lain keTanah Melayu. Peristiwa Dato Maharajalela di Pasir Salak dan Dato Bahaman di Temerloh adalah sejarah yang ada kaitan dengan sifat orang melayu sebenar.

Pemuda tidak bersetuju Pengetua itu diambil tindakan secara tidak adil dan ianya harus diteliti sebaik-baiknya kerana amuknya masih bersifat ringan tidak melibatkan fizikal seperti amuk diPulau Pinang dan amuk yang pernah dilakukan oleh  Prebet Adam. Mengapa pula Kementerian Pelajaran menekan orang yang sedang mengalami tekanan kerana jiwa nasionalismanya ?.

Thursday, August 19, 2010

PUJA KAFIR HARBI DALAM KHUTBAH JUMAAT.

Umat islam jangan jadi tongong  melampau hingga memuja nama kafir Harbi didalam Khutbah Jumaat. Jika terlalu kasih dan menyokong mereka dalam politik jangan menjadi igauan sehingga masuk kedalam Khutbah.

Perbuatan seumpama ini tidak pernah berlaku dalam sejarah umat Islam melainkan kafir harbi hanya disebut sebagai musuh islam samada gelap dan terang. Sudah jelas ada tanda-tanda Islam diresapi oleh musuh Islam sehingga terbawa-bawa kedalam khutbah.

Kita menyebut nama KDYMM Yang DiPertuan Agung  atau Raja-raja dan Yang DiPertua Negeri itu bukan disebabkan oleh peribadi Baginda tetapi adalah atas nama institusi yang melindungi Islam. Manusia boleh bertukar ganti tetapi institusi itu tetap kekal selagi undang-undang dasar negara ini berjalan.

Dengan menyebut nama seperti Lim Guan Eng dalam khutbah itu adakah ia pelindung Islam?. Berapa ramai orang islam telah terinaya dengan pemerintahannya. Bukan Islam sahaja malah masyarakat Hindu pun terinaya. Pemerintahannya telah merampas tanah orang islam dan Hindu serta menyekat berbagai cara dari umat Islam mencari rezki. Dengan melihat pada isu semasa, Pulau Pinang ada bunga-bunga seakan-akan Ghaza. Itukah pemimpin yang dipuja didalam khutbah?.

Dengan apa yang berlaku di Jelutong dan Permatang Pauh itu cukup memalukan dan memualkan. Cukuplah dan jangan mengulanginya lagi kerja  dungu itu.

Wednesday, August 18, 2010

OPERASI LALANG LAGI

Pemuda menasihatkan supaya pemimpin parti Pakatan Rakyat jangan bercakap banyak dan banyak berehat dalam tempoh lima enam bulan ini kerana pertempuran antara MCA-UMNO akan menjadi panjang ceritanya.

Pembangkang harus ingat bahawa dalam operasi lalang 20 tahun sudah bukan pihak yang bertengkar ramai ditangkap tetapi pemimpin pembangkang yang ramai dalam tahanan ISA. Setengah tokoh masih aktif lagi dalam politik PAS dan DAP sekarang. Tentu mereka boleh memberi tahu rakan-rakan.

Mengapa gajah sama gajah berlawan pelanduk mati ditengah? jawabnya mudah. Batu api lagi bahaya dari pihak yang bertelagah.Kali ini jangan jadi batu api lagi. Buat hal sendirin sahaja. Kalau tak percaya tempahlah katil mana dan minta lah nombor tahanan awal-awal.

Pemuda percaya sekarang pun sudah diperhatikan siapa yang layak. Jangan buat fasal. Eluk berdiam diri, jangan terlalu banyak bergerak. Banyak cakap banyak silap.

Ingat dulu pihak yang bertelagah Dato' Sri Najib dan Lee Kim Sai tidak tertangkap tetapi karpal Singki menangis air mata buaya naik black maria serta beberapa tokoh DAP lain dan ramai juga dari PAS. ISA tidak mencari orang yang bergaduh sebaliknya orang yang menghasut adalah bahaya.

Nanti tidak fasal-fasal dari kena tiga hingga enam bulan ISA lepas itu turun naik mahkamah dituduh dibawah Akta Hasutan. Jangan campur, jangan bergerak dan kurang mengulas. Selamat.

Tuesday, August 17, 2010

CHUA SOI LEK CARI JALAN GADUH

Chua Soi Lek nampaknya begitu serius cari jalan gaduh dengan orang melayu dan UMNO. Mereka tidak lagi menghormati semangat BN. Tidak salah jika mereka melahirkan resolusi menuntut itu dan ini dari kerajaan. biasalah, manusia bukan pernah puas. Jika PM itu dapat kepada mereka itu baru mereka puas.Tetapi jangan sampai hak-hak bumiputera juga minta diagihkan kepada mereka. Ini cukup tidak adil dan melampau.

Tidak ada perbincangan rasional jika ada komponen parti seperti MCA menuntut hak yang ada dalam tangan orang lain. Itu menunjukkan kerakusan yang tanpa batas. UMNO tidak pernah berbuat demikian walau pun kadang kala boleh melakukannya. Orang yang tamak selalu tidak periksa apa dituntut samada ada hak orang lain atau tidak. MCA harus periksa apakah hak-hak orang lain itu.

Jangan menuduh sembarangan  terhadap kontraktor kelas F. MCA harus faham bahawa PKK sentiasa memantau mana-mana syarikat kelas F yang alibaba akan disenaraihitam.  Mereka bukan menjual projek sebaliknya ada kerja-kerja yang terpaksa disub kan kepada  kontraktor cina atau india dalam kerja tertentu kerana mereka mempunyai peralatan dan bagainya. Kebiasaannya, kontraktor bumiputera dapat makan kuah, kontraktor cina makan isi. Begitu juga dalam pembelian keperluan kontrak.

Hal kontrak ini berlaku sejak dahulu. Orang-orang cina mendapat sebahagian besar kekakayaan dari peruntukan kontrak kerana perlaksanaan DEB. Sebaliknya MCA boleh membuktikan jika ada pihak menjual projek kepada PKK pada masa sekarang. Apa yang pemuda ketahui banyak syarikat-syarikat yang ditaja oleh bukan melayu mendapat lesen atas nama bumiputera.  Mereka ini bukan ahli perniagaan melainkan kongsi rakan tidor. Ada 'melayu' itu tidak tahu apa pun tentang dirinya ada dalam syarikat itu kerana tipu muslihat dan sebagainya.

Buktikan. Jangan bercakap sahaja. Orang cina harus berterima kasih kepada DEB kerana DEB boleh dikatakan orang cina ramai kaya raya. MCA harus jadi bangsa yang tahu berterima kasih.

MCA harus ingat setiap apa polisi yang pasti melibatkan wang sebahagian besar masuk kekantong orang Cina. Ini disebabkan kerajaan tidak menekankan meritokrasi. Jika meritokrasi berjalan, syarikat bumiputera yang bagus ditawarkan pasti tidak akan memberi peluang kepada kaum lain kerana mereka mampu melakukan sendiri. Jangan anggap kekurangan orang melayu itu tidak memberti manfaat kepada kaum lain dinegara ini.

Lihat sahaja GLC, ia ditubuhkan kerana atas semangat kepentingan bumiputera tetapi kebanyakan dalam bentuk saham tertutup, saham awam dan khazanah. Bukan kah GLC mempunyai maritokrasinya tersendiri ?. Mengapa MCA meminta bahagian dalam GLC ?. Ingat ! lagi ramai melayu bagus lagi sempit peluang orang lain. Jadi hargai apa yang tidak bagus itu. Kerana kehidupan kamu dari awal dalam keadaan tidak bagus.

Tuesday, August 10, 2010

PEMUDA - CARI SEGERA 2700 AHLI UMNO TIDAK DAFTAR PEMILIH

Pergerakan Pemuda UMNO Jerantut akan mencari segera 2700 ahli UMNO yang masih belum mendaftar pemilih dari 104 cawangan dalam Bahagian ini.  Boleh dikatakan semua ahli-ahli yang tidak mendaftar pemilih itu adalah golongan muda yang baru mencapai 21 tahun keatas dari jumlah 19,000 orang ahli UMNO Jerantut. 

Ini adalah sasaran pemuda yang utama. Ia akan dilapurkan kepada UMNO dalam tempoh terdekat kemajuannya. Pemuda serius dan akan mengenepikan perkara-perkara lain sebagai aktiviti. Tidak ada guna beraktiviti jika 2700 ini tidak boleh didapatkan kerana mereka ada dalam senarai ahli UMNO. Jika mereka tersebut tidak berada dilokasi berkenaan dapatkan lapuran dimana mereka. Dapatkan nombor talipon mereka dari keluarga atau rakan-rakan terdekat.

Sebarang program yang dianjurkan mesti mengambil kira daftar pemilih. Jawatan kuasa Pemuda UMNO bahagian mesti memasang telinga dan sensitif pada mereka-mereka yang belum daftar pemilih. Bukan sahaja merteka dalam daftar UMNO tetapi semua pemuda yang berumur 21 tahun keatas.

Pemuda juga meminta kerjasama wanita dan puteri dalam mencapai sasar daftar pemilih. UMNO Bahagian telah membantu ketua-ketua kampung sebanyak RM 1000.00 bagi tujuan pendaftaran pemilih dari kalangan anak buah masing-masing. Ia juga akan ditambah RM 2000-00 sekiranya mana-mana ketua kampung dapat mendaftar ramai sebagai pemilih.

Pemuda diharap bekerja dalam satu team, lupakan perbezaan, kurangkan berpolitik dan tumpu pada sasaran. Insha Allah berjaya.

Wednesday, August 4, 2010

TONY PUA - KDN DIDESAK AMBIL TINDAKAN SEGERA


Menteri Dalam Negeri didesak supaya bertindak segera lapuran polis yang dibuat oleh pemuda UMNO Selangor terhadap Tony Pua dari DAP yang  secara terang-terang melanggar undang-undang dasar Persekutuan tentang hak keistimewaan melayu dan bumiputera.

Bukan hak keistimewaan itu dipertekankan tetapi cara mereka menimbulkan rasa gelisah dan usaha mereka memecah perpaduan itu adalah menjadi tumpuan pemuda. Kita bimbang dengan cara provokasi itu mendatangkan kemarahan yang melampau dikalangan masyarakat melayu.

Tony Pua telah secara rasis mempertikaikan hak keinstimewaan melayu tanpa segan silu menimbulkan rasa marah dikalangan orang melayu diMalaysia.

Apa yang dibangkitkan oleh Tony Pua itu boleh menjejaskan perpaduan diantara kaum dimana kerajaan sedang berusaha sedaya upaya untuk membina perpaduan tersebut melalui dasar 1Malaysia. Sebarang usaha untuk memporak perandakan perpaduan negara adalah baik ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ).

Kebelakangan ini DAP semakin melampau membangkitkan perkara yang sensitif  sehingga boleh menjejaskan keharmonian perasaan antara kaum. Mereka memilih kenyataan yang kontraversi seolah-olah mencabar orang melayu dan pihak berkuasa.

Kenyataan seumpama ini akan berterusan jika tidak diambil tindakan kerana mereka merasa besar kepala memandangkan setiap kali mereka melontarkan kata-kata kesat tidak ada sebarang tindakan yang diambil kepada mereka.

Walau pun pemuda UMNO boleh bersabar tetapi kesabaran itu ada batas-batasnya. Bagaimana pun pemuda UMNO yakin bahawa pihak berkuasa lebih arif dalam mengambil sebarang tindakan. Pemuda tidak boleh bertindak diluar undang-undang kerana negara kita mempunyai undang-undang yang sangat adil dan saksama. Pemuda juga harus percaya bahawa pihak berkuasa ada sukatannya untuk mengambil satu-satu tindakan.

Pemuda percaya bahawa KDN juga memantau terhadap sikap Tony Pua dan lain-lain yang bersikap pelampau itu. Oleh itu pemuda jangan bertindak sendiri dan biarkan pihak berkuasa bertindak berdasarkan lapuran yang dibuat oleh pemuda Selangor itu pada 4ogos 2010 itu.

UMNO SELANGOR SEMAKIN TAUFAN - APA KENA DENGAN MCA ?

UMNO selangor semakin rancak dengan serangan-serangan terhadap ketidak mampuan Pakatan Rakyat khususnya PKR memerintah negeri Selangor. Pentadbir awam selangor dipinggirkan sebaliknya kroni MB selangor dan samseng-samseng sudah mengambil alih pemerintahan.

Rasuah berluasa samada dikalangan Ahli Majlis Perbandaran, Ahli-ahli politik Pakatan Rakyat serta pemimpin kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat.

UMNO semakin bersemangat mengadakan  penerangan kepada rakyat selangor malah menarik minat masyarakat luar untuk terlibat sama didalam program yang dianjurkan oleh UMNO.

Sayang sekali, dalam keadaan UMNO memngukuhkan BN tidak ternampak kelibat MCA untuk sama-sama menghadapi Pakatan Rakyat yang menjahanamkan negeri Selangor itu.

Dalam keadaan UMNO mula bersedia untuk menghadapi parti pembangkang sepatutnya MCA juga mengukuhkan barisannya serta mengadakan penerangan kepada masyarakat Cina atau bergerak dalam satu kumpulan bagi majlis- majlis penerangan. Begitu juga Gerakan, MIC dan PPP.

Majlis-majlis penerangan juga menerangkan tentang 'kisah-kisah liwat' Anwar Ibrahim oleh mereka-mereka yang paling rapat dengan Anwar dalam PKR sebelum ini menambah keyakinan masyarakat umum bahawa Anwar memang mempunyai penyakit itu sekian lama. Itulah antara sebab utama Anwar ditinggalkan oleh mereka yang mencari kebenaran hidup dan perjuangan.

Walaupun kes itu masih didalam mahkamah, tidak patut diseret kehalayak tetapi pemuda-pemuda itu berani kerana Anwar sendiri menggunakan kes itu dipentas umum bagi mendapat sokongan dan pembelaan dari orang ramai terhadap dirinya atas alasan fitnah.

Paling menarik adalah kes liwatnya terhadap Saiful telah menyeret rakyat Malaysia sebagai 'isu negara' pada hal ia hanyalah isu peribadi atas kegatalannya menurut nafsu rakus.

Diharap UMNO semua bangkit dengan mengambil contoh selangor memulakan serangan terhadap Pakatan Rakyat.