Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Tuesday, August 17, 2010

CHUA SOI LEK CARI JALAN GADUH

Chua Soi Lek nampaknya begitu serius cari jalan gaduh dengan orang melayu dan UMNO. Mereka tidak lagi menghormati semangat BN. Tidak salah jika mereka melahirkan resolusi menuntut itu dan ini dari kerajaan. biasalah, manusia bukan pernah puas. Jika PM itu dapat kepada mereka itu baru mereka puas.Tetapi jangan sampai hak-hak bumiputera juga minta diagihkan kepada mereka. Ini cukup tidak adil dan melampau.

Tidak ada perbincangan rasional jika ada komponen parti seperti MCA menuntut hak yang ada dalam tangan orang lain. Itu menunjukkan kerakusan yang tanpa batas. UMNO tidak pernah berbuat demikian walau pun kadang kala boleh melakukannya. Orang yang tamak selalu tidak periksa apa dituntut samada ada hak orang lain atau tidak. MCA harus periksa apakah hak-hak orang lain itu.

Jangan menuduh sembarangan  terhadap kontraktor kelas F. MCA harus faham bahawa PKK sentiasa memantau mana-mana syarikat kelas F yang alibaba akan disenaraihitam.  Mereka bukan menjual projek sebaliknya ada kerja-kerja yang terpaksa disub kan kepada  kontraktor cina atau india dalam kerja tertentu kerana mereka mempunyai peralatan dan bagainya. Kebiasaannya, kontraktor bumiputera dapat makan kuah, kontraktor cina makan isi. Begitu juga dalam pembelian keperluan kontrak.

Hal kontrak ini berlaku sejak dahulu. Orang-orang cina mendapat sebahagian besar kekakayaan dari peruntukan kontrak kerana perlaksanaan DEB. Sebaliknya MCA boleh membuktikan jika ada pihak menjual projek kepada PKK pada masa sekarang. Apa yang pemuda ketahui banyak syarikat-syarikat yang ditaja oleh bukan melayu mendapat lesen atas nama bumiputera.  Mereka ini bukan ahli perniagaan melainkan kongsi rakan tidor. Ada 'melayu' itu tidak tahu apa pun tentang dirinya ada dalam syarikat itu kerana tipu muslihat dan sebagainya.

Buktikan. Jangan bercakap sahaja. Orang cina harus berterima kasih kepada DEB kerana DEB boleh dikatakan orang cina ramai kaya raya. MCA harus jadi bangsa yang tahu berterima kasih.

MCA harus ingat setiap apa polisi yang pasti melibatkan wang sebahagian besar masuk kekantong orang Cina. Ini disebabkan kerajaan tidak menekankan meritokrasi. Jika meritokrasi berjalan, syarikat bumiputera yang bagus ditawarkan pasti tidak akan memberi peluang kepada kaum lain kerana mereka mampu melakukan sendiri. Jangan anggap kekurangan orang melayu itu tidak memberti manfaat kepada kaum lain dinegara ini.

Lihat sahaja GLC, ia ditubuhkan kerana atas semangat kepentingan bumiputera tetapi kebanyakan dalam bentuk saham tertutup, saham awam dan khazanah. Bukan kah GLC mempunyai maritokrasinya tersendiri ?. Mengapa MCA meminta bahagian dalam GLC ?. Ingat ! lagi ramai melayu bagus lagi sempit peluang orang lain. Jadi hargai apa yang tidak bagus itu. Kerana kehidupan kamu dari awal dalam keadaan tidak bagus.

2 comments:

Anonymous said...

umno bullshit!

Mat Tomoi said...

pantat awaklah anon 10:09. jangan banyak cakap.