Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Tuesday, August 10, 2010

PEMUDA - CARI SEGERA 2700 AHLI UMNO TIDAK DAFTAR PEMILIH

Pergerakan Pemuda UMNO Jerantut akan mencari segera 2700 ahli UMNO yang masih belum mendaftar pemilih dari 104 cawangan dalam Bahagian ini.  Boleh dikatakan semua ahli-ahli yang tidak mendaftar pemilih itu adalah golongan muda yang baru mencapai 21 tahun keatas dari jumlah 19,000 orang ahli UMNO Jerantut. 

Ini adalah sasaran pemuda yang utama. Ia akan dilapurkan kepada UMNO dalam tempoh terdekat kemajuannya. Pemuda serius dan akan mengenepikan perkara-perkara lain sebagai aktiviti. Tidak ada guna beraktiviti jika 2700 ini tidak boleh didapatkan kerana mereka ada dalam senarai ahli UMNO. Jika mereka tersebut tidak berada dilokasi berkenaan dapatkan lapuran dimana mereka. Dapatkan nombor talipon mereka dari keluarga atau rakan-rakan terdekat.

Sebarang program yang dianjurkan mesti mengambil kira daftar pemilih. Jawatan kuasa Pemuda UMNO bahagian mesti memasang telinga dan sensitif pada mereka-mereka yang belum daftar pemilih. Bukan sahaja merteka dalam daftar UMNO tetapi semua pemuda yang berumur 21 tahun keatas.

Pemuda juga meminta kerjasama wanita dan puteri dalam mencapai sasar daftar pemilih. UMNO Bahagian telah membantu ketua-ketua kampung sebanyak RM 1000.00 bagi tujuan pendaftaran pemilih dari kalangan anak buah masing-masing. Ia juga akan ditambah RM 2000-00 sekiranya mana-mana ketua kampung dapat mendaftar ramai sebagai pemilih.

Pemuda diharap bekerja dalam satu team, lupakan perbezaan, kurangkan berpolitik dan tumpu pada sasaran. Insha Allah berjaya.

2 comments:

Anonymous said...

UMNO Bahagian telah membantu ketua-ketua kampung sebanyak RM 1000.00 bagi tujuan pendaftaran pemilih dari kalangan anak buah masing-masing. Ia juga akan ditambah RM 2000-00 sekiranya mana-mana ketua kampung dapat mendaftar ramai sebagai pemilih.
-------------------------->

pergh! ayat ni, tak boleh blah, adakah politik wang lagi. sampai bila UMNO nak harapkan kuantiti dari kualiti.. berapa ramaikan ketua kampung? berapakah jumlah peruntukan yang dikeluarkan? dari manakah duit peruntukkan tu dapat? perghhhh!! hebat.. sampai satu tahap, UMNO jerantut pada mendapat kesannya.. nasihatlah KP tu dulu kalo nak suruh anak muda mendaftar?

GodfatherX

malon said...

GodfatherX

Jika pelihara anak harimau ajar makan daging bila sudah besar suruh makan sayur. Tangan tuannya akan dicangkok dulu. Begitulah politik wang, kalau sudah mula ia sukar berakhir. Ada wang ada kerja. ada wang ada undi. Itulah keadaan jerantut yang KP kami sangat benci dan sumpah seranah ahai...hai..