Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Friday, August 20, 2010

PENGETUA MENGAMUK TANDA MELAYU TERTEKAN

Pemuda BN wajar kaji mengapa Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan TAR Kulai, Johor Puan Siti Inshah Mansor membuat kenyataan perkauman dihadapan pelajar umum disekolah itu. Jangan terlalu menyalah dan cepat membuat kesimpulan bila bertemu dengan reaksi sedemikian.

Kebelakangan ini sudah mula ramai orang melayu tiba-tiba membuat sesuatu diluar dugaan seperti apa yang berlaku diPulau Pinang Seorang berumur 60 tahun menampar Lim Guan Eng dan kemarin dua orang PAS mengamuk dipintu masjid memaki hamun Lim Guan Eng yang hadhir berbuka puasa atas jemputan PAS.

Ini sebagai petanda atau 'sign' bahawa jiwa orang melayu mula tertekan apabila kaum lain banyak membangkitkan hal dan hak orang melayu serta agama islam. Jika perkara ini berterusan insiden mengamuk ini akan kita dapat lihat lebih banyak lagi kerana mereka sudah tidak tahan setiap hari orang melayu dimaki hamun ditanah airnya sendiri.

Peristiwa ini adalah unjuran dari resolusi melampau MCA dikonvensyen mereka baru-baru ini serta lanjutan dari pertikaman lidah antara Tan Sri Muhyidin Yassin dengan Chua Soi lek yang melibatkan tokoh-tokoh negeri Johor.

Pemuda BN harus faham bahawa golongan rakyat jelata menerima sesuatu pertentangan politik itu hingga mengalir kedalam darah dan mereka itu bukan orang politik. Bagi orang politik perkara seumpama pertikaman lidah itu adalah biasa. Tetapi bagi rakyat ia adalah perkara yang sangat serius dan menguasai fikiran perasaan mereka.

Kaum, lain harus belajar dari penjajah Inggeris bahawa mereka terlalu berhati-hati berhadapan dengan bangsa melayu sebelum menjajah Tanah Melayu kerana mereka sudah mengkaji bahawa hanya satu bangsa didunia ini ada tabiat 'mengamuk'. Tabiat yang sama ada pada orang Eksimo.

Amuk adalah satu reaksi tiba-tiba bila dalam keadaan tertekan. Orang yang mengamuk ini selalunya tidak boleh mengawal diri dan separuh sedar. Ia boleh berjangkit jadi beramai-ramai sepertri histeria jika terlalu serius.

Sebab itu Inggeris menjajah Tanah Melayu dengan cara orang melayu kurang terasa pada peringkat awalnya. Oleh kerana mereka bimbang untuk berurusan dengan kaum pribumi, mereka mengimpot kaum lain keTanah Melayu. Peristiwa Dato Maharajalela di Pasir Salak dan Dato Bahaman di Temerloh adalah sejarah yang ada kaitan dengan sifat orang melayu sebenar.

Pemuda tidak bersetuju Pengetua itu diambil tindakan secara tidak adil dan ianya harus diteliti sebaik-baiknya kerana amuknya masih bersifat ringan tidak melibatkan fizikal seperti amuk diPulau Pinang dan amuk yang pernah dilakukan oleh  Prebet Adam. Mengapa pula Kementerian Pelajaran menekan orang yang sedang mengalami tekanan kerana jiwa nasionalismanya ?.

1 comment:

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam BPUJ,
Satu artikel yang amat baik menerangkan psyche Melayu. Ya betul majoriti rakyat Melayu yang lain "sensitif Melayunya" boleh mengalir ke darah berbeza dengan ahli-ahli politik Melayu yang biasa berdebat. WZWH tidak boleh jamin perasaan 67% orang Melayu dan Bumiputera yang membuak-buak marahnya disimpan dalam hati kerana kaum lain menyentuh hak-hak Melayu termaktub dalam perlembagaan.