Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Monday, October 4, 2010

MUSUH BESAR PKR ADALAH PERKASA







Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (( Perkasa) menjadi musuh banyak pihak termasuk PKR. Kenyataan Azmin Ali calon Timbalan Presiden PKR  meletakan Perkasa sebagai musuh nombor satu.

PKR berikrar dan berazam untuk menyerang habis-habisan. Pemuda mencabar supaya PKR menumpukan sepenuhnya serangan kepada Perkasa kerana Perkasa sangat bahaya kepada PKR dalam PRU 13.

Pemuda tidak menduga bahawa Perkasa sebuah badan NGO yang sangat bisa ditakuti oleh PKR, DAP dan PAS. Sedangkan Perkasa bukan sebuah parti politik pun sangat digeruni apa lagi ianya sebuah parti politik.

Pemuda melihat peranan yang dimainkan oleh Perkasa sangat berkesan dan PKR sangat bimbang dengan kehadhiran mereka. Dengan serangan yang ditujukan oleh pakatan rakyat itu, Perkasa akan lebih mantap  dan keahliannya lebih meningkat  kerana orang ramai akan bangga menjadi keahlian pertubuhan itu yang kuat dan bisa.

Ini bermakna perkasa bukan lagi NGO sembarangan tetapi ia boleh menggugat Pakatan Rakyat PRU13. Dasar UMNO jelas kita tidak mahu berperang dengan mana-mana NGO termasuk Perkasa. Tidak ada gunanya bergaduh dengan mereka kerana mereka tidak bermotifkan politik.

Pemuda menyeru kepada semua rakyat Malaysia melihat dan mengkaji tingkah laku politik PKR yang semakin hilang punca kerana masalah dalaman parti itu jelas terbongkar dan kecamuk sama sekali.

Ini semua adalah termakan SUMPAH MASJID  saiful tempuh hari dan laknatnya mula datang dan ia semakin parah dan parah.

No comments: