Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Saturday, October 2, 2010

PEGUAM UMNO HARUS BANTU PUTERI


Peguam Ibu pejabat UMNO harus memberi nasihat perundangan kepada puteri UMNO apakah tindakan selanjutnya setelah puteri membuat lapuran polis mengenai pencerobohan dan kacau ganggu serta lapuran menghasut seorang wartawan MI. Peguam UMNO harus bangkit membantu dan jangan lepas tangan dalam hal ini.

Puteri juga harus mendapatkan syarikat guaman lain sekiranya peguam UMNO buat lembu kenyang tidak mahu membantu. Pengkhianat seumpama ini mesti diajar kerana jika tidak ia akan berlarut lain kali apabila ada persidangan tertutup UMNO mereka mengulanginya lagi. Kes ini nampak kecil, tetapi jika sudah sampai masuk kedalam kelambu masakan UMNO mahu mendiam diri.

UMNO tidak boleh bergantung kepada apa tindakan polis semata-mata kerana banyak jalan untuk diselesaikan. Salah satu darinya adalah tindakan menyaman penceroboh yang kerana berlaku kerosakan imej kepada UMNO serta boleh jadi membaranya perasaan perkauman dengan lapuran pencerobohan tersebut. Masalah ini bukan masalah puteri UMNO semata-mata tetapi pencerobohan terhadap kebebasan dan hak ekslusif UMNO itu sendiri. Biarlah ianya ditentukan oleh undang-undang. Pemuda yakin Puteri UMNO Malaysia bijak, berani dan agresif dalam menangani musuh-musuh negara seperti ini dan tidak hanya bercakap semata-mata. Buktikan !.

No comments: