Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Saturday, October 2, 2010

KU LI CALON PERPADUAN PAS-UMNO


Jika beberapa hari yang lepas PAS mencadangkan supaya UMNO tidak meletakan calon diGalas untuk permulaan kepada perpaduan PAS-UMNO. Pemuda pula mencadangkan PAS pula supaya tidak meletakan calon jika Tengku Razaleigh Hamzah bertanding dikerusi DUN Galas.

Pemuda berpendapat cadangan itu sangat tepat kerana Ku Li diterima oleh semua pihak. Tidak ada sebab PAS menolak kerana Ku Li sering membantu kerajaan Kelantan dalam menuntut royalti minyak diperairan laut disekitar negeri itu.

Ku Li adalah calon yang tepat. UMNO dan PAS tidak perlu berbalah dan membuang masa dari sekarang hingga tarikh pilihan raya diadakan. Dengan hari penamaan calon Ku Li menang tidak bertanding, selepas itu masing-masing boleh kerja lain.

Jika ada pertandingan berbagai hal boleh berlaku dan moral masing-masing dapat diukur pada menang atau kalah. Jika PAS kalah, sudah tentu berbagai pihak akan membuat lapuran, andaian, rekaan, spekulasi dan berbagai lagi.

Dalam ceramah-caramah sudah tentu tibai-menibai akan berlaku. Pada ketika itu sudah tentu bahu Nik Aziz lah yang terpikul semua tuduhan sejak PAS bergargabung dengan DAPig yang anti Islam. Akaun DAP juga masuk dalam Akaun Nik Aziz.

No comments: