Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Saturday, October 9, 2010

PEMUDA DAN PUTERI TIDAK BOLEH DITEGUR



8 Oktober 2010 – Utusan Malaysia. Pemuda dan Puteri UMNO kesal dan kecewa dengan tindakan Setiausaha Agung parti itu DS Tengku Adnan Mansor membuat kritikan terbuka terhadap kedua-dua pergerakan itu melalui media.

Tengku Adnan membuat kritikan sehari sebelum itu mengatakan pemuda dan puteri sepeti tidak bermaya dan hanya ghairah merebut jawatan bagi kepentingan peribadi apa yang disifatkannya hanya mengejar jawatan dalam kerajaan.

KOMEN PEMUDA AKAR UMBI:

Betul apa yang Tengku Adnan cakap itu apa?. Saluran parti apa lagi?. Kalau sudah tegur macam-macam cara tak berubah juga balun terbukalah. Bloggers pun dah berbulu menegur sayap-sayap itu tetapi mereka kata bloggers memekak saja. Mereka kata bloggers ni macam beruk dan berbagai lagi.

Memang patut Setiausaha Agung tegur terbuka pun. Dalam keadaan kalang kabut berbagai isu dihadapi UMNO pemuda puteri sepatutnya agresif menangani isu-isu tersebut. Salah taka pa. Biasalah pemuda. Kalau Pemuda diperingkat nasional kuat, seperti dulu-dulu badan NGO seperti Perkasa tidak terbentuk. Kerana ada lompang itu menjadikan Perkasa segar.

Jangan pandai untuk menang bertanding sahaja. Yang penting tugas mencapai hala tuju Pemuda dan Puteri itu sendiri. Soalnya sekarang ada ke hala tuju perjuangan kedua-dua sayap itu. Jika ada kami dibawah tidak dengar dan nampak pun. Nak bawa kapal kena ada arah tuju. Masakan hanya terumbang ambing ditengah lautan !.

Bila tak ada hala tuju, Pemuda dan Puteri merayau ikut sedap saja. Akhirnya tidak tahu kemana hala tersesat. Tenggelam dalam laut isu.

Pemuda dan Puteri UMNO terimalah teguran secara tertutup atau terbuka untuk kebaikan.

Wanita pun jangan anggap tidak ditegur kali ini terlepas.

1 comment:

Anonymous said...

Salam.Pemuda sekarang dah mcm tak bertelo mulut tertutup .sibuk memenuhkan tembolok aje yang mereka tau.