Pemuda UMNO desak supaya Kementerian Penerangan menyenerai hitamkan penyanyi terkenal berkenaan dari mana-mana slot penyiaran berbayar atau tidak berbayar jika terus membuat keputusan hadhir dikonsert anjuran Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang dijangka 16 september ini.
Pemuda berpendapat bahawa DAP memperalatkan artis popular melayu sebagai dakyah menarik sokongan melayu Pulau Pinang menyokong pemerintahan mereka. Tindakan DAP mengumpan melayu dengan hiburan itu adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh PAP diSingapura dalam tahun 1960an sehingga orang melayu hayal dan tidak sedar diri akhirnya mereka menjadi minoriti dan lemah serta dipecah-pecahkan.
Tindakan ini samalah gerakan DAP menggula-gulakan umat islam dengan sedikit peruntukan ditabur kemasjid-masjid dan surau agar puak yang condong kearah agama pula terpukau dengan tarikan mereka seterusnya membenarkan mereka bertazkirah dan mencemar institusi masjid dan surau-surau .
Pemuda mendesak Kementerian Penerangan supaya artis tersebut diambil tindakan dengan 'mengegam' mereka sekurang-kurangnya lima tahun.Walaupun negara ini mempunyai kebebasan dalam apa jua anjuran , tetapi pemuda tidak gemar parti politik seperti DAP memperalatkan melayu untuk melemahkan melayu juga.
Sekiranya hal ini tidak dapat diuruskan pemuda akan memekik sekuat-kuatnya didalam perhimpunan Agung UMNO Novemeber ini. Tetapi Pemuda yakin bahawa YB.Menteri Penerangan sekarang bukan kecil-kecil anak. Ketegasannya setakat ini belum pernah mengecewakan ahli UMNO. "When we are in power we must powerfull if not we are bloodyfool".Itu kata-katanya dahulu.

No comments:
Post a Comment