Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Saturday, September 4, 2010

MANA BOLEH SEBUT NEGARA ISLAM LAGI !!!


Timbalan Dekan Institut Pemikiran Ketamadunan Islam Antarabangsa (Instac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, langkah menutup kilang arak itu bertepatan dengan cita-cita politik untuk menubuhkan negara Islam. Kerajaan Selangor wajar menutup terus kilang arak milik syarikat antarabangsa diShah Alam, bukannya mengalih kelokasi baru dengan kawasan tanah yang lebih luas lagi.
"Jika tindakan sebaliknya diambil kerajaan negeri, ia tidak selari dengan hasrat yang diperjuangkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia sekitar 15/8/10 lalu.

Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mencadangkan kawasan baru lebih luas di Pelabuhan Klang kepada kilang berkenaan ketika Yang Dipertua Pas Shah Alam itu mengadakan lawatan ke kilang tersebut pada 5 Ogos lalu.
Sementara itu, mengulas mengenai sebahagian pekerja kilang tersebut yang beragama Islam, Mahmood Zuhdi berkata, wajib kepada seorang Islam untuk mendapatkan kerja yang halal memandangkan banyak peluang pekerjaan lain.

Pemuda mengingatkan semua pihak agar tidak menyebut negara Islam lagi kerana parti yang memperjuangkan negara islam itu sudah menanda tangani perjanjian dengan PKR dan DAP  menggugurkan hasrat mereka dan membentuk perjuangan baru yang lebeh bebas dari UMNO.  Nama PAS itu pun pasti akan dipinda sedikit masa lagi serentak dengan pindaan perkara-perkara yang menyebut tentang negara Islam.

No comments: