tiada maaf bagi mu !! kah kah kah
Pemuda merasa lega kenyataan PM YAB. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak " UMNO sentiasa mengelak dari mengujudkan sebarang komflik dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan termasuk Perkasa" 17/9/10
Pemuda kecut perut diatas kenyataan Datuk Tengku Adnan Mansur beberapa hari yang lalu meminta ahli-ahli UMNO menjauhi Perkasa kerana sangat merugikan UMNO. Bukan Perkasa itu yang penting tetapi melibatkan berpuluh gabungan NGO yang bersama perkasa terjalin agak kuat dan satu suara.
Kenyataan PM sangat rapat dengan sejarah lahirnya UMNO itu atas gabungan persatuan-persatuan melayu dan negeri lalu menubuhkan UMNO. Sebab itulah sebahagian besar dari ahli-ahli UMNO menjadi ahli kepada berbagai NGO yang berbagai jenis dan tujuan.
Didalam pertubuhan-persatuan itu, ada nilai semangat kebangsaan melayu. Dalam masa pilihanraya NGO-NGO itu menjadi galas membantu kerajaan untuk mencapai kemenangan.
Pemuda UMNO sejak dahulu lagi bersedia memimpin semua kaum dan faham hasrat hati semua kaum untuk membangunkan kaum masing-masing. Tetapi kepimpinan kaum lain juga harus bersedia sama apa yang pemuda UMNO buat.
Apabila sikap rasis lebih ditonjolkan maka akan datang reaksi yang merumitkan perpaduan kaum dan tidak ada siapa akan untung.
Perkasa dan beberapa NGO lahir ditengah kekacauan sentimen perkauman. Jika tidak ada aksi itu sudah tentu Perkasa dan NGO-NGO yang tertentu tidak ditubuhkan sebagai reaksi. Pantang pemuda UMNO sangat pedih bila ada kawan main belakang ( lainlah PKR) dalam kaeadaan genting.
Ini adalah pengalaman kepada semua rakyat Malaysia bahawa sebarang komflik akan muncul banyak perkara baru yang kita tidak sangka.
Pemuda harap kepada NGO semua teruskanlah amalan biasa dan berusaha untuk mengatasi krisis antara kaum. Pemuda juga gesa supaya pemimpin parti-parti politik BN agar lebih berpengalaman dalam mengurus emosi tinggi.
1 comment:
woy pemuda tak pakai cakap Ku Nang dan geng-geng nya. betul BP kita pakai cakap PM.
Post a Comment