Jika ada lapuran diterima dari Khalid pun adalah lapuran yang sudah basi. Itu adalah satu helah Khalid yang sebenarnya dia tidak mahu sistem cctv dibangunan pejabat MB itu diteruskan kerana menyukarkan beliau kerana segala-galanya dirakam.
Ini bohong style lama, macam kisah budak curi duit emak sendiri, lepas itu kata jumpa tempat lain. Jadi pemuda menganggap bahawa Polis tidak perlu membuang masa dengan kerja bodoh sedemikian. Jika benar perkara ini ada pihak lain yang memasang perakam tersebut sudah tentu menggigil kepala Khalid melapurnya awal-awal lagi.
Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim berkata beliau berharap satu pasukan petugas khas bersama polis dengan kerajaan negeri Selangor dapat dibentuk bagi menyiasat kes penemuan perakam video di pejabatnya bulan lepas. Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di sini hari ini (1/9/10), Abdul Khalid berkata, siasatan bersama itu bukan saja untuk mengesan siapa yang memasang perakam itu tetapi juga memperbaiki urusan keselamatan di pejabat menteri besar. Bagaimanapun, sehingga ini, beliau belum membuat laporan polis mengenai penemuan perakam video itu.
Silap-silap jika siasatan itu nanti dilakukan oleh polis terdapat bukti-bukti bahawa alat itu dipasang oleh khalid sendiri kerana polis ada cara mengesan tersendiri dan itulah yang menyebabkan Khalid tertangguh-tangguh untuk membuat lapuran polis. Jika polis dikehendanki juga membuat siasatan maka Khalid MB itu dulu yang perlu disiasat.
No comments:
Post a Comment