Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Wednesday, September 15, 2010

SOSILAWATI PEMBUKA TIRAI IGP BARU


Pembunuhan  Sosilawati secara kejam dan tidak berkemanusiaan adalah pembuka tirai kepada KPN Baru, yang baru menduduki kerusi panas itu.

Pemuda berharap antara Menteri dan KPN tidak bersilat sebaliknya sehati sejiwa dalam urusan keselamatan negara yang kian terancam ini.

Pemuda mendesak supaya warga KDN membersihkan jenayah berat   dengan apa cara sekali pun dengan mengenali kumpulan sasar yang tertentu.

Langkah pencegahan lebih baik dari menunggu sesuatu itu berlaku, kerana telah melibatkan kehilangan jiwa yang tidak berdosa.


Terdapat satu ' gaya samseng dan ganas' dikalangan belia-belia tertentu diduga mereka melalui satu proses latihan dan motivasi membentuk gaya itu secara terancang. Pihak polis tentu perasan perubahan itu kebelakangan ini. Ia wajar dipadamkan agar tidak merebak dan berpanjangan.

KDN harus bertindak 'result oriented' lebih dari banyak retorik. Dizaman yang serba terbuka ini rakyat menilai segala keputusan dengan lebih telus. Dalam soal keselamatan jiwa dari kekejaman manusia haiwan digesa  tidak  membuat pertimbangan  politik.

                                                                   

No comments: