Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Monday, September 13, 2010

SETIAUSAHA AGUNG JANGAN BUNUH IDEALISMA PEMUDA


Setiausaha Agung UMNO Malaysia Dato Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah meletakan Pemuda UMNO dalam keadaan serba salah berdasarkan kenyataannya mewakili BN tempuh hari mengenai kebebasan bersuara dalam UMNO berdasarkan polisi BN terhadap Perkasa sebagai NGO melayu.

Pemuda yang terkenal lantang sebagai suara bangsa terkedu bila polisi BN, UMNO hanya boleh bercakap tentang perjuangan untuk semua kaum sahaja. Ia disokong oleh ketua penerangan UMNO Malaysia dan Dato; Nazri, Datuk Khalid Nordin dan Dato Noh Omar.

Serba salah yang dimaksudkan bahawa pemuda keliru dan menemui simpang samada  berhenti bercakap atau meneruskan tradisi dahulu pemuda harapan bangsa.

Jika pemuda tidak lantang, membisu atau paling tinggi bersuara 'nada untuk semua kaum' pemuda akan hilang pengaruh dikalangan generasi baru. Pemuda diakar umbi bertanya apakah bezanya antara  belia 4B, MAYC dan lain NGO dengan pemuda UMNO?.

Apakah idealisma pemuda UMNO untuk golongan muda? UMNO menjadi tarikan kepada generasi muda kerana mereka percaya melalui UMNO mereka dapat berbakti kepada Bangsa, agama dan negara.

Tetapi jika kenyataan Tengku Adnan itu dijadikan garis panduan parti dalam bersuara nescaya UMNO tidak dapat menarik golongan baru yang dominan.

Tengku Adnan Mansor sebagai Setiausaha Agung UMNO Malaysia telah membunuh jiwa kepemudaan UMNO supaya menjadi penakut, bisu dan lembik dan hilang identiti bangsa melayu.

Pemuda merasakan tidak adil kerana zaman Tengku Adnan melalui proses kepemudaan dan pernah memegang jawatan dalam pemuda UMNO Bahagian dan Exco pemuda sangat bebas dan pemimpin Zaman Tun Dr. Mahathir tidak pernah menyekat pemuda untuk bersuara untuk orang melayu.

Jangan salah generasi UMNO akan datang jika lembik, bisu, pengecut dan tidak boleh diharapkan.

No comments: