POSTING INI DIEMELKAN OLEH SEORANG PEMUDA MINTA BERITA PEMUDA SIARKAN
Dinar emas zaman jepun. Seguni duit, segantang beras.
Bank negara wajar memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap bank-bank komersial yang terlibat dalam transaksi seharian mata wang dinar emas kerana banyak masalah akan berlaku masahadapan jika Malaysia menggunakan berbagai jenis matawang. Pemuda berpandangan bahawa negara ini hanya ada satu matawang sahaja iaitu Ringgit Malaysia.
Pada 12/8/10 yang lalu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah melancarkan matawang syariah dinar dan dirham yang dikeluarkan oleh Kelantan Golden Trade, anak syarikat PMBK tujuan digunakan dalam transaksi harian dan digunakan juga untuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam negeri itu.
Pemuda berpendapat bahawa pembikinan wang dinar dan dirham itu hanyalah semata-mata bagi melariskan jualan dan teknik pemasaran perusahaan emas anak syarikat PMBK itu sahaja. Tidak lebih dari itu.
Walau pun emas bernilai tetapi kita mesti berbalik kepada undang-undang bahawa satu negara wajar ada satu mata wang sahaja kecuali Parlimen meluluskan rang undang sedemikian.
Datuk Awang Adek Timbalan Menteri Kewangan berkata "penggunaan matawang dinar emas dan dirham perak oleh kerajaan Kelantan boleh mengakibatkan 1000 pengusaha kedai dan restoran dikelantan berhadapan dengan risiko ditipu. Ia tertipu kerana tidak dapat membezakan antara dirham emas dan perak palsu".
Pemuda percaya, apabila wang ini berkembang nanti akan banyak perusahaan kecil dibelakang rumah menggubal wang emas dan perak palsu dari berbagai bahan murah untuk dijual secara haram. Apakah kerajaan Kelantan sedar hal ini ?. sedangkan wang ringgit yang begitu ketat kawalan pengeluaran matawang palsu melambak dipasaran !.
Pemuda mendesak supaya bank negara mengarahkan bank-bank perdagangan tidak terlibat langsung dengan aktiviti transaksi matawang dinar dan dirham tersebut.
Matawang dinar dan dirham itu hanyalah retorik politik PAS kononnya mereka terkehadapan dalam medium paling asas dalam ekonomi iaitu 'matawang'. Sebenarnya hanyalah sekadar 'taukey kedai emas' semata-mata.
Keduanya, PAS sedang mengalih perhatian umat Islam supaya tidak berfokus kepada tindakan mereka 'menggugurkan cita-cita menubuh negara Islam' setelah menanda tangani perjanjian dengan DAPig dan PKR.
No comments:
Post a Comment