Dari Meja Editor

Sekarang ini saudara dan saudari berada dilapang sasar Pergerakkan Pemuda UMNO Jerantut. Jangan melintas tidak tentu hala, kerana triger di hujung jari; dipetik terus meletup. Hujung laras ini tak mengenal siapa. Sekali laras menghala ke saudara/saudari bermakna giliran saudara/saudari akan tersungkur.

Jangan rapat, Pemuda sepak, terajang, sigong,tempeleng; jika jatuh terus lenyek. Sasaran kami adalah DAP, PAS dan PKR; Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

SIAP SIAGA! RAPATKAN BARISAN! KEHADAPAN JALAANNN! KIRI!..... KANAN!.......KIRI!.......KANAN!......KIRI!.......KANAN! ATTENNNTIIOONNN!

Sunday, September 12, 2010

UMNO tolak PERKASA = TIDAK PERKASA


Kenyataan Tengku Adnan Setiausaha Agung UMNO bahawa UMNO meminggir NGO Perkasa,  pemuda agak tergamam kerana secara tidak langsung UMNO memberi satu garis panduan  kepada ahli-ahli pemuda  UMNO  supaya jangan lantang bercakap soal perjuangan orang melayu dengan ikhtibar Perkasa itu lantang mempertahankan hak-hak melayu.

Berpandukan kepada kenyataan SUA itu, kelantangan boleh menyebabkan mana-mana ahli dipinggir kerana tidak menjaga perasaan kaum lain. Dengan panduan itu juga UMNO hanya boleh lantang menyuarakan hak semua kaum dinegara ini seperti apa yang diamalkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia sebelum ini. Itulah yang disukai oleh kaum lain dalam BN.

Disatu pihak, MCA,MIC,Gerakan dan parti kaum-kaum lain meneruskan suara lantang mereka untuk kaum mereka tanpa mengira perasaan orang melayu seperti konvensyen MCA baru-baru ini. Jadi itulah pengorbanan yang diharapkan untuk ahli-ahli UMNO dan orang melayu.

Pemuda UMNO juga tidak pernah meminta parti komponen BN lain meminggirkan NGO dari kaum mereka walaupun pemuda sedar bahawa dibelakang mereka itu terdiri dari pakatan politik kaum berkenaan yang tidak berani menunjuk muka.

Tahniah kepada MCA,Gerakan, MIC, PPP, MIUP dan DAP berjaya mencampakan  pemuda UMNO virus sindrum bisu.

Pemuda UMNO bimbang,  UMNO  tolak PERKASA = Tidak perkasa.

No comments: